“Ini adalah kejohanan dunia terakhir untuk saya”- Wana

“Ini adalah kejohanan dunia terakhir untuk saya”- Wana

"Ini adalah kejohanan dunia terakhir untuk saya"- Wana
SHAZWANA meraikan kejayaannya memenangi emas di pentas podium Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-20, minggu lalu.

Kuala Lumpur: Pesilat negara, Siti Shazwana Ajak memberi bayangan Kejohanan Pencak Silat Dunia Ke-20 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), minggu lalu sebagai penampilan terakhirnya di kejohanan dunia.

Shazwana atau lebih mesra dipanggil Wana mencipta kejayaan membanggakan apabila muncul juara dunia selepas memenangi pingat emas kategori Kelas D (Putri) pada penampilan ketiganya di kejohanan berprestij itu.

Sebelum ini, Wana yang juga pelajar Doktor Falsafah (Pengurusan Awam) di Universiti Utara Malaysia (UUM) meraih pingat gangsa dan perak pada 2018 dan 2022.

“Memenangi emas di kejohanan dunia adalah kejayaan yang memang sukar dan sukar dicapai bukan saja dalam sukan silat, tetapi untuk mana-mana atlet.

“Jadi bila sudah capai itu, ia satu kepuasan yang cukup besar untuk saya dan kerana itu saya merancang ini adalah kejohanan dunia terakhir untuk saya,” kata atlet berusia 32 tahun itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat


Mengulas penampilannya di UAE, Wana berkata dia bersyukur apabila kontroversi yang berlaku ketika aksi separuh akhir bertemu pesilat Indonesia dapat diuruskan dengan baik terutama barisan kejurulatihan.

“Memang terjadi sedikit konflik ketika aksi separuh akhir membabitkan pungutan mata tetapi hasil tindakan pantas jurulatih-jurulatih melakukan protes dan perlawanan dapat dihentikan seketika.

“Disebabkan protes kami berjaya, perlawanan dijalankan semula tetapi hanya selama 13 saat dan ketika itu, rancangan saya hanya bertahan dan akhirnya berjaya menang dan mara ke final,” katanya.

“Ini adalah kejohanan dunia terakhir untuk saya”- Wana

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker