Ee Wei percaya ‘air tangan’ Nova Widianto
Ee Wei percaya ‘air tangan’ Nova Widianto
Kuala Lumpur: Pemain beregu campuran utama negara, Toh Ee Wei percaya lebih ramai gandingan berkualiti akan muncul daripada ‘air tangan’ ketua jurulatih, Nova Widianto.
Di bawah bimbingan pengendali dari Indonesia itu, Ee Wei dan pasangannya Chen Tang Jie yang mula digandingkan pada Disember 2022 menjadi antara beregu terbaik dan ketika ini menghuni ranking keenam dunia.
Selain melayakkan diri ke Olimpik Paris 2024, Tang Jie-Ee Wei baru-baru ini menamatkan kempen di Jelajah Dunia Akhir BWF sebagai naib juara menjelaskan ia adalah hasil bimbingan Nova yang juga bekas juara dunia dua kali.
“Beliau (Nova) seorang yang amat profesional, jurulatih yang amat baik. Kami rasa bertuah memperoleh jurulatih sebaik ini.
“Tugas beliau bukan saja menjaga kami saja tetapi semua pemain lain termasuk pasukan remaja kerana beliau mahu meningkatkan kualiti beregu campuran negara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?
- Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib
- Mungkinkah Wakil Istana Pahang Akan Beri Keterangan Di Mahkamah?
“Jadi saya rasa beliau memang berkemampuan untuk membawa lebih banyak pasangan berkualiti ke peringkat yang tinggi,” katanya.
Nova yang juga pemenang pingat perak Olimpik Beijing 2008 bersama Nova Liliyana Natsir menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Disember 2022 dan menggandingkan Tang Jie dan Ee Wei adalah tugas pertamanya.
Selain Tang Jie-Ee Wei, satu lagi beregu campuran negara ketika ini turut menampilkan peningkatan mengujakan iaitu Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin yang melangkah ke final Masters China, bulan lalu.
Ee Wei percaya ‘air tangan’ Nova Widianto
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya
- Jihad Membela Fitnah PAS
- RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?
You must be logged in to post a comment.