Detik terakhir Merlin
Detik terakhir Merlin
Jakarta: Detik terakhir hidup seorang remaja, Merlin Septiana, 18, dirakam dalam sebuah rakaman video yang menyayat hati di Pantai Semeti, Lombok Tengah, Indonesia, lapor The Sun.
Dalam rakaman video itu, Merlin yang memakai fon kepala (headphone) kelihatan tersenyum sambil duduk di atas batu di tepi tebing pantai, tanpa menyedari ombak besar bakal meragut nyawanya beberapa saat kemudian.
Tragedi yang berlaku kira-kira 3 petang pada Khamis itu disaksikan oleh rakan Merlin, yang hanya mampu melihat dia dihanyutkan ombak ganas tanpa mampu berbuat apa-apa.
Rakaman video menunjukkan penduduk tempatan panik cuba menyelamatkan Merlin, yang kelihatan dalam video itu berpaut pada batu besar sementara air bergelora terus menghempas dirinya.
Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Mataram, Wahyu Efendi berkata rakan Merlin sudah berusaha menyelamatkannya, namun tindakan mereka itu tindak membuahkan hasil.
“Usaha oleh rakannya untuk membantu menggunakan alat sementara seperti kayu dan joran tidak berhasil.
“Penduduk tempatan segera melaporkan kejadian ini kepada polis,” katanya.
Ia mengambil masa dua jam sebelum pihak berkuasa berjaya menemukan Merlin yang sudah tidak bernyawa, jam 5.13 petang.
Ketua Eksekutif Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Lombok Tengah, Ridwan Mak’ruf, mengesahkan Merlin sudah meninggal dunia ketika ditemukan.
Dipercayai fon kepala yang dipakai Merlin mungkin menghalang dia mendengar bunyi ombak.
Jasad Merlin diserahkan kepada keluarganya di Kampung Tanak Awu.
Pada 13 Oktober lalu, seorang pelajar lelaki turut dihanyutkan ombak di sebuah tebing pantai di Indonesia.
Roni Josua Simanjuntak, 20, dari Sumatera Utara, sedang berdiri di atas batu yang basah bersama beberapa rakannya apabila ombak menghentam mereka.
Jasad Roni ditemukan terapung di Pantai Karang Payung pada 18 Oktober.
Detik terakhir Merlin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya
- Jihad Membela Fitnah PAS
- RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?
You must be logged in to post a comment.