Afandi sedia ganti Hamidin di Wisma FAM
Afandi sedia ganti Hamidin di Wisma FAM
Kuala Lumpur: Mantan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah sedia kembali menghangatkan arena bola sepak tempatan apabila mengakui sedia bertanding merebut jawatan Presiden FAM.
Nama Afandi bukan asing dalam kancah bola sepak tempatan apabila beliau pernah menjadi ‘orang nombor dua’ badan induk itu sebelum ini.
Begitupun, beliau hanya akan bertanding sekiranya mendapat kepercayaan ahli gabungan FAM.
“Buat masa ini saya tak fikir lagi mengenai perkara itu. Namun jika benar saya ada sokongan yang cukup dan dapat kepercayaan, InsyaAllah boleh dipertimbangkan untuk jawatan Presiden,” katanya kepada Arena Metro.
Dengan pengakuan itu, beliau muncul individu pertama yang menyuarakan hasrat untuk merebut kerusi nombor satu FAM itu pada Kongres Pemilihan FAM yang dijadual berlangsung pada 15 Februari depan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?
- Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib
- Mungkinkah Wakil Istana Pahang Akan Beri Keterangan Di Mahkamah?
Sebagai rekod, untuk jawatan Presiden, calon yang mahu merebut kerusi panas itu perlu mendapatkan enam sokongan bagi melayakkan dirinya untuk bertanding jawatan itu.
Manakala bagi Timbalan Presiden FAM pula, seseorang itu memerlukan lima pencalonan diikuti empat untuk jawatan Naib Presiden dan Exco (Ahli Jawatankuasa Eksekutif) dua pencalonan.
Sebelum ini, Tan Sri Hamidin Mohd Amin menyatakan hasrat untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden.
Antara nama disebut-sebut bakal merebut jawatan itu adalah Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub namun sehingga kini beliau masih belum mengesahkan pendiriannya.
Afandi sedia ganti Hamidin di Wisma FAM
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya
- Jihad Membela Fitnah PAS
- RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Politik Sabah Semakin Panas, Rakyat Sudah Turun Ke Jalanraya, Apa Solusinya?
You must be logged in to post a comment.