Jihad Membela Fitnah PAS
Jihad Membela Fitnah PAS
Bagi umat Islam, sejak dari kecil kita sudah diingatkan oleh ibubapa kita serta ustaz atau ustazah yang mengajar pendidikan agama bahawa membuat atau menyebarkan fitnah adalah berdosa besar.
Fitnah adalah satu perbuatan yang sangat keji.
Firman Allah SWT:
وَاقْتُلُوْهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوْهُمْ وَاَخْرِجُوْهُمْ مِّنْ حَيْثُ اَخْرَجُوْكُمْ وَالْفِتْنَةُ اَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ ۚ وَلَا تُقٰتِلُوْهُمْ عِنْدَ الْمَسْجِدِ
الْحَرَامِحَتّٰى يُقٰتِلُوْكُمْ فِيْهِۚ فَاِنْ قٰتَلُوْكُمْ فَاقْتُلُوْهُمْۗ كَذٰ لِكَ جَزَاۤءُ الْكٰفِرِيْنَ
Mafhumnya:
Dan bunuhlah mereka di mana kamu temui mereka.
Usirlah mereka dari mana mereka telah mengusir kamu.
Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan.
Dan janganlah kamu perangi mereka di Masjidilharam, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu.
Jika mereka memerangi kamu, maka perangilah mereka.
Demikianlah balasan bagi orang kafir.
Al Baqarah : 191
Sudah jelas lagi bersuluh, hukum Allah SWT adalah perbuatan fitnah adalah lebih kejam dari perbuatan membunuh.
Kenapa Islam begitu tegas dan keras kepada perbuatan fitnah hingga meletakkan dosa fitnah lebih besar dari dosa membunuh?
Kisah Ulamak Yang Di Fitnah Oleh Seorang Pemuda
Terdapat kisah mengenai seorang pemuda yang menabur fitnah terhadap seorang ulamak.
Satu hari, timbul kekesalan di hati pemuda tersebut, lalu beliau menemui ulamak itu untuk meminta maaf.
Setelah ahsrat itu dinyatakan kepada ulamak itu, maka ulamak tersebut berkata beliau bersetuju memaafkannya dengan satu syarat.
Pemuda itu diarahkan untuk membawa penyapu bulu ayam kepada ulamak tersebut.
Walau pun merasa pelik, namu kerana ingin meminta maaf, pemuda tersebut membawa penyapu bulu ayam sebagaimana yang diminta.
Ulamak tersebut memerintahkan pemuda tersebut balik ke rumah sambil mencabut kesemua bulu ayam yang ada di penyapu bulu ayam tersebut.
Ulamak tersebut mengingatkan pemuda tersebut supaya datang menemuinya keesokan hari dengan mengutip semula seberapa banyak bulu ayam yang boleh.
Keesokan harinya, pemuda tersebut datang menemui ulamak dengan hanya beberapa helai bulu ayam yang berjaya dikutip.
Bila ditanya mana bulu ayam yang lain, pemuda itu berkata, ianya sudah hilang entah ke mana.
Lalu ulamak itu berkata, begitulah dengan fitnah yang kamu lakukan pada ku.
Orang yang mendengar akan menyebarkannya hingga ia entah kemana.
Jika kamu ingin menarik kembali kamu tidak akan berdaya kerana ia telah tersebar dan terus tersebar.
Aku telah pun memaafkanmu.
Bertaubatlah atas apa yang telah kamu lakukan, semoga kamu juga mendapat keampunan dari Allah SWT.
Jelas, kerosakan akibat dari perbuatan melakukan dan menyebar fitnah tidak ada penghujungnya.
Pelaku fitnah boleh memberikan penjelasan untuk membetulkan kenyataan fitnah, tetapi ianya tidak mungkin akan dapat disampaikan kepada semua yang telah mendengar fitnah tersebut.
Ianya akan terus tersebar dan terus tersebar dan dosa pelaku fitnah akan terus bertambah setiap kali fitnah itu tersebar.
Allah SWT Memerintahkan Agar Memerangi Pelaku Fitnah Tetapi PAS Ajak Berjihad Membela Pelaku Fitnah
Ahli parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura, kalah dalam kes saman fitnah kerana memfitnah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng mempunyai kaitan keluarga dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.
Beliau juga memfitnah Teresa Kok ada kaitan dengan keluarga Lim.
Dr Mastura mengeluarkan kenyataan itu semasa berkempen untuk PAS pada pilihan raya kecil Kemaman.
Mahkamah Tinggi mengarahkan Dr Mastura membayar ganti rugi berjumlah RM750,000 kepada pemimpin-pemimpin DAP tersebut.
RM300,000 kepada Kit Siang, RM250,000 kepada Guan Eng, dan RM200,000 kepada Teresa Kok.
Beliau juga diperintahkan membayar kos guaman sebanyak RM25,000 setiap seorang untuk ketiga-tiga plaintif.
PAS didakwa menganjurkan kutipan derma bagi membantu Dr Mastura membayar ganti rugi RM825,000 kepada pemimpin DAP.
Ketua jawatankuasa PAS pusat dan ketua negeri, bahagian dan cawangan dikehendaki menderma sekurang-kurangnya RM500 setiap seorang.
Bahagian negeri serta sayap di peringkat persekutuan, negeri dan bahagian dikehendaki mengumpul sekurang-kurangnya RM20,000 setiap satu.
Manakala Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin pula berkata, tidak salah ahli semua peringkat parti itu menyumbang dalam derma jihad kepada Dr Siti Mastura.
Hujah beliau adalah, ianya dilakukan dalam keadaan yang berasas semasa menunaikan tanggungjawab terhadap parti dan perjuangan, iaitu pada kempen PRK Kemaman pada 4 Nov 2023.
Kegilaan apakah ini?
Mempersendakan hukum Allah SWT demi untuk kepentingan parti dan peribadi!!!
Ahli PAS tak terasa diperbodohkan ker???
Jihad Membela Fitnah PAS
Di Syorkan Untuk Anda:
- Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya
- RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
- Adakah Perbahasan RCI Batu Puteh Di Parlimen Hanya Sekadar Mengalih Perhatian Isu Titah Adendum?
You must be logged in to post a comment.