Dua kumpulan penyokong bola sepak merusuh di stesen LRT

Dua kumpulan penyokong bola sepak merusuh di stesen LRT

Dua kumpulan penyokong bola sepak merusuh di stesen LRT
Kejadian dianggarkan berlaku jam 12.03 tengah malam ketika pengadu menaiki tren dari Stesen LRT Bukit Jalil menghala ke Sentul Timur. – Foto tula

KUALA LUMPUR: Dua kumpulan penyokong bola sepak merusuh di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, tengah malam tadi menyebabkan kerosakan pada bahagian pintu cermin tren serta mengakibatkan perkhidmatan itu terhenti sekitar lapan minit.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan, berkata insiden itu berlaku jam 12.03 tengah malam ketika pengadu menaiki tren dari Stesen LRT Bukit Jalil menghala ke Sentul Timur.

Aduan berhubung insiden itu diterima daripada seorang anggota polis bantuan pada jam 3.40 pagi tadi.

“Apabila tren tiba di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, sekumpulan penyokong keluar dari tren dan berlaku pertengkaran dengan sekumpulan penyokong lain sebelum bergaduh.

“Kemudian dua kumpulan penyokong bola sepak anggaran 20-30 orang bertindak agresif bertumbuk antara satu sama lain, membaling tong sampah, penghadang pintu lif ke arah tren serta menendang pintu tren.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat


“Perbuatan itu mengakibatkan berlaku kerosakan pada bahagian pintu cermin tren serta menyebabkan tren terhenti lebih kurang lapan minit,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, pengadu bersama beberapa anggota polis bantuan bertugas di stesen terbabit meleraikan pergaduhan antara dua kumpulan itu dan keadaan terkawal setelah pintu tren ditutup.

“Tren terus beredar dari tempat kejadian, pengadu serta rakan setugas polis bantuan mengiring penyokong tersebut keluar dari Stesen LRT Bandar Tasik Selatan dengan selamat.

“Polis masih meneruskan siasatan termasuk pengesan pelaku. Kita juga minta saksi kejadian tampil membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 147 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Untuk rekod, malam tadi berlangsung perlawanan terakhir Kumpulan A Piala AFF 2024 antara pasukan Malaysia menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, yang berkesudahan keputusan seri tanpa jaringan.

Keputusan seri tanpa jaringan itu menyebabkan pasukan Malaysia gagal menempah tiket ke perlawanan separuh akhir, seterusnya menamatkan kempen kali ini di kedudukan ketiga.

Dua kumpulan penyokong bola sepak merusuh di stesen LRT

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker