Williams sedia pertahankan gelaran Tour Down Under

Williams sedia pertahankan gelaran Tour Down Under

Williams sedia pertahankan gelaran Tour Down Under
WILLIAMS meraikan kemenangannya pada peringkat terakhir Tour Down Under di Adelaide awal tahun ini. -FOTO AFP

Adelaide: Pelumba dari Wales, Stephen Williams mengesahkan bahawa dia akan mempertahankan gelaran Tour Down Under di acara pembukaan kalendar UCI WorldTour di Adelaide pada bulan depan, dengan juara 2023, Jay Vine juga akan turut serta.

Williams menempah kemenangan di Mount Lofty awal tahun ini, mencelah di kalangan pesaingnya ketika perlumbaan berbaki beberapa ratus meter terakhir untuk mengekalkan jersi ochre sebagai juara.

Kemenangan itu menambah koleksi kejayaannya yang penuh bergaya musim ini, termasuk kemenangan di Tour of Britain pada September serta lanjutan kontrak selama empat tahun dengan pasukan Israel-Premier.

“Menang Tour Down Under pertama saya adalah detik yang luar biasa. Ia menggerakkan satu tahun yang hebat untuk saya.

“Saya sedang mengejar keputusan yang baik lagi untuk memulakan musim 2025 saya dan harapnya ia akan membawa kepada satu lagi tahun yang penuh kejayaan,” kata Williams menjelang ulang tahun ke-25 perlumbaan itu dari 21 hingga 26 Januari.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat


 

Rakan senegaranya, Geraint Thomas, yang juga pemenang Tour de France 2018, akan turut bersaing dengan sasaran memperbaiki kedudukan ketiga yang dicapainya pada 2013.

Manakala pelumba dari Australia, Vine, berhasrat untuk merampas kembali gelaran itu sebagai sebahagian daripada usahanya kembali sebagai pesaing utama.

Namun terdapat kebimbangan sama ada pelumba UAE Team Emirates itu mungkin tidak akan bertanding lagi selepas terbabit dalam kemalangan teruk pada Tour of the Basque Country tahun ini.

Williams sedia pertahankan gelaran Tour Down Under

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker