35 kanak-kanak maut dalam insiden rempuhan

35 kanak-kanak maut dalam insiden rempuhan

35 kanak-kanak maut dalam insiden rempuhan
FOTO HIASAN

Lagos: Satu rempuhan di sebuah pesta ria sekolah di bandar Ibadan, barat daya Nigeria Rabu lalu, mengorbankan 35 kanak-kanak dan mencederakan enam mangsa lain.

Jurucakap Polis Pusat Negeri Oyo, Adewale Osifeso berkata, kanak-kanak yang cedera sedang menerima rawatan perubatan berikutan insiden itu, yang berlaku di bandar ketiga terbesar di Nigeria.

Katanya, bahagian Pembunuhan Jabatan Siasatan Jenayah Negeri sudah membuka kertas siasatan, tambah Osifeso.

“Lapan orang ditahan kerana pelbagai pembabitan mereka.

“Antara yang ditahan ialah penaja utama acara itu di Sekolah Menengah Islam Basorun, yang dianjurkan Yayasan Wings dan radio Agidigbo FM,” katanya dalam satu kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat


Dalam pada itu, Presiden Nigeria Bola Tinubu dalam satu kenyataan semalam menzahirkan kesedihan mendalam atas kejadian tragis itu.

Beliau mengucapkan salam takziah kepada penduduk tempatan, pihak berkuasa negeri dan keluarga yang kehilangan anak tersayang.

“Saya gesa kerajaan negeri Oyo untuk mengambil setiap langkah yang perlu untuk mengelakkan tragedi seperti itu daripada berulang.

“Antara tindakan penting ialah semakan menyeluruh terhadap semua langkah keselamatan acara awam, penguatkuasaan ketat peraturan keselamatan dan audit keselamatan tetap tempat acara,” katanya.

Sementara itu, Gabenor Negeri Oyo, Seyi Makinde juga menyampaikan ucapan takziah untuk mangsa pada laman X pada Rabu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Di Canaikan Sistem Pendidikan Negara


“Hati kami kekal bersama keluarga dan orang tersayang yang terkesan akibat tragedi ini. Semoga roh arwah tenang di sana.

“Kami bersimpati dengan ibu bapa yang kegembiraan mereka tiba-tiba bertukar menjadi duka akibat kematian ini,” katanya.

Nigeria menyaksikan beberapa rempuhan maut dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Pada Mac, dua pelajar maut dan 23 cedera selepas dirempuh ketika ribuan berkumpul untuk mendapatkan beg beras percuma yang diserahkan pihak berkuasa tempatan di Universiti Negeri Nasarawa, di tengah Nigeria.

Pada bulan sama, satu lagi rempuhan membunuh empat wanita yang menunggu di luar pejabat seorang ahli perniagaan kaya di bandar utara Bauchi untuk mengumpul 5,000 naira (RM13.76) hadiah wang tunai untuk membantu membayar makanan semasa bulan suci Ramadan.

Saksi berkata, orang ramai terdesak untuk mendapatkan wang itu, menyebabkan rempuhan, ketika Nigeria bergelut dengan krisis ekonomi terburuk dalam satu generasi.

35 kanak-kanak maut dalam insiden rempuhan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Keadilan Untuk DS Najib: Ikhlas Atau Tidak Bukan Isunya

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker