RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
Tuduh menuduh, tuding menuding jari antara Dr Mahathir dan 3 bekas menteri kabinet beliau semakin hangat dalam isu Pulau Batu Puteh.
Dr Mahathir dilihat masih lagi tidak mahu mengambil tanggungjawab apabila laporan RCI Batu Puteh mendapati beliau telah menipu kabinet dalam isu Pulau Batu Puteh.
Beliau mendakwa, isu Pulau Batu Puteh sudah dibawa ke kabinet untuk dibincangkan.
Oleh itu Dr Mahathir mendakwa, keputusan menarik balik rayuan keputusan ICJ adalah keputusan konsensus kabinet.
Menurut Dr Mahathir, kabinet telah diberi ruang dan peluang untuk membincangkannya.
Tidak ada siapa yang menghalang jemaah kabinet dari memberikan pendapat.
Sebagai perdana menteri, beliau hanya memberikan pendapat dan cadangan beliau, bukannya keputusan muktamad.
Tetapi, apa yang didakwa oleh Dr Mahathir telah disangkal oleh 3 orang bekas menteri kanan di era Kerajaan Pakatan Harapan.
Menurut Dr Wan Azizah, Anthony Loke dan Mohamad Sabu, kabinet hanya dimaklumkan selepas keputusan dibuat.
Wan Azizah adalah Timbalan Perdana Menteri, Anthony Loke adalah Menteri Pengangkutan dan Mohamad Sabu adalah Menteri Pertahanan ketika itu.
“Keputusan untuk tidak meneruskan semakan dan tafsiran telah pun dibuat pada 21 Mei 2018 oleh Dr Mahathir sendiri secara bertulis kepada Peguam Cara Negara tanpa merujuk kepada Jemaah Menteri.”
“Ia juga turut dimaklumkan kepada pihak Singapura pada pagi 23 Mei 2018 sebelum mesyuarat Jemaah Menteri pertama diadakan.”
“Selang dua hari kemudian, barulah Dr Mahathir memaklumkan Jemaah Menteri dalam mesyuarat.”
“Tetapi ia hanya pemakluman bukannya perbincangan untuk menentukan keputusan.”
“Tidak wujud isu sama ada sesiapa membantah atau menyokong.”
“Kerana ruang untuk membuat keputusan telah pun hilang apabila ia dibuat secara bertulis oleh Dr Mahathir,” dakwa mereka.
Adakah Dr Mahathir Memanipulasi Jemaah Menteri Beliau Yang Tidak Berpengalaman?
Anthony Loke pula berkata ketika Dr Mahathir membawanya ke kabinet, ia adalah mesyuarat kabinet yang pertama.
Kebanyakan mereka belum ada pengalaman dan hanya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir.
“Kami hanya mengikut keputusan itu kerana ia adalah mesyuarat jemaah menteri pertama kami.”
“Ramai antara kami pun tidak tahu bagaimana rupa memorandum jemaah menteri.”
“Perdana menteri membangkitkan perkara itu secara lisan.”
“Kami menyangka keputusan itu sudah pun dibuat dan ia hanya pengesahan ke atas keputusan awal beliau.”
“Hanya kemudian kami sedar bahawa keputusan jemaah menteri sepatutnya dibuat berdasarkan memorandum jemaah menteri.”
“Mengimbas kembali, ini tidak berlaku dalam kes Batu Puteh,” dakwa Anthony Loke.
Jelas kepada kita, kenyataan kedua-dua pihak adalah kontradik antara satu sama lain.
Tidak mungkin kedua-dua pihak berkata benar.
Serta tidak mungkin juga kedua-dua pihak menipu.
Persoalannya adalah siapakah yang menipu dan siapakah yang berkata benar?
Tapi yang pasti adalah, negara sudah hilang kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh buat selama-lamanya.
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Adakah Perbahasan RCI Batu Puteh Di Parlimen Hanya Sekadar Mengalih Perhatian Isu Titah Adendum?
- Sampai Bilakah Kebenaran Tentang Titah Adendum Mampu Di Sorokkan?
- Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?