Sampai Bilakah Kebenaran Tentang Titah Adendum Mampu Di Sorokkan?
Sampai Bilakah Kebenaran Tentang Titah Adendum Mampu Di Sorokkan?
Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar, telah mengeluarkan kenyataan melarang untuk membincangkan mengenai isu titah adendum.
Tetapi di kalangan rakyat marhaen, ianya terus menjadi perbincangan hangat sama ada di kedai kopi, mahu pun di media sosial.
Inilah yang di katakan sebagai kuasa rakyat.
Apabila rakyat sudah bersuara, tidak ada kuasa melainkan kuasa Allah SWT sahaja yang mampu menyekatnya.
Cuba kita imbas kembali sejarah yang pernah berlaku bukan sahaja di tanah air kita, malah di seluruh dunia.
Kuasa rakyat yang bangkit di tanah air kita, mampu menumbangkan kuasa kolonial dunia yang paling gah ketika itu.
Akibat dari kebangkitan rakyat, British terpaksa akur untuk membebaskan tanah air kita dari penjajahan mereka.
Berapa banyak kerajaan di Timur Tengah tumbang ketika meledaknya kuasa rakyat ketika Arab Spring.
Jangan cuba dimomokkan rakyat dengan pelbagai alasan dan rekayasa yang mengarut, akibat buruk padahnya.
Berbalik tentang titah adendum YDP Agong ke XVI yang memberikan tahanan rumah kepada mantan perdana menteri, DS Najib.
Apabila kita berbicara mengenai titah adendum, maka ianya bukan lagi perbincangan mengenai court of law, tetapi ianya adalah perbincangan mengenai court of mercy.
Sumber kuasa kepada pengampunan adalah dari institusi SPB YDP Agong dan institusi Raja Raja Melayu dan bukannya mahkamah.
3 afidavit telah difailkan untuk menyokong kewujudan titah adendum tersebut.
2 telah ditolak oleh mahkamah atas alasan ianya adalah khabar angin atau hearsay.
Hujahnya adalah kerana 2 afidavit yang telah difailkan itu tidak disertakan dengan salinan titah yang asal.
Kini, satu lagi afidavit telah difailkan dan disertakan bukan sahaja dengan titah yang asal, malah dengan sampul surat dari Istana Negara.
Apa keputusan mahkamah, sama-sama kita tunggu perbicaraan pada 6 Januari 2025.
Yang Di Persoalkan Rakyat Adalah Sikap Kerajaan Dan Bukannya Titah Adendum
Yang menjadi persoalan di kalangan rakyat adalah sikap kerajaan yang dilihat berdolak dalih untuk mengesah atau menafikan kewujudan titah adendum tersebut.
YDP Agong ke XVI, Al Sultan Abdullah, dikatakan telah mengeluarkan titah adendum tersebut pada 29 Januari 2024.
Sekiranya kerajaan boleh memaklumkan mengenai pengampunan separuh YDP Agong ke XVI, mengapa kerajaan tidak boleh memaklumkan kewujudan titah adendum tersebut?
Bukankah ianya berasal dari sumber yang sama dan di keluarkan pada tarikh yang sama?
Akibat dari sikap kerajaan yang berdiam diri mengenai titah adendum, DS Najib telah membawanya ke mahkamah pada 1 April 2024.
Kenapa kerajaan berdiam diri selama lebih dari 2 bulan?
Ini yang dipersoalkan oleh rakyat.
Berdiam diri mengenai kewujudan titah yang dikeluarkan oleh institusi YDP Agong atau institusi Raja Raja Melayu, adalah satu kebiadaban yang membawa kepada penderhakaan.
Ianya bukan lagi perbuatan menghina mahkamah atau subjudis, tetapi ianya adalah menghina kuasa Raja Raja Melayu, institusi tertinggi di negara kita.
Pantang anak Melayu derhaka kepada raja.
Singkap sejarah mengapa British terpaksa membatalkan rancangan untuk menubuhkan Malayan Union?
Kerana persepsi rakyat ketika itu adalah British cuba untuk menggugat kuasa Raja Raja Melayu.
Oleh itu, rakyat bangkit apabila raja mereka cuba diperkotak katik oleh British.
Akhirnya British terpaksa akur.
Penulis cuma mahu mengingatkan kerajaan agar berhati-hati dan jangan ulangi kesilapan yang telah dibuat oleh British.
Ingat, suara rakyat adalah kuasa keramat.
Sampai Bilakah Kebenaran Tentang Titah Adendum Mampu Di Sorokkan?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?
- RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat
- Mungkinkah Wakil Istana Pahang Akan Beri Keterangan Di Mahkamah?
You must be logged in to post a comment.