Penunggang motosikal maut kemalangan, polis cari Perodua Bezza bergesel dengan mangsa
Penunggang motosikal maut kemalangan, polis cari Perodua Bezza bergesel dengan mangsa
SUBANG: Seorang penunggang motosikal maut digilis lori kontena dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 2.8 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dekat USJ di sini, semalam.
Lelaki berusia 40 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata polis menerima laporan kejadian 7.30 malam.
Selain motosikal dan lori kontena, turut terbabit kemalangan dua kenderaan lain.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Road To Kajang Or Road To Sungai Buloh?
- Di Mana Suara Majlis Peguam Dan BERSIH Dalam Isu Titah Adendum?
- Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan, Seni & Budaya
“Kemalangan mengakibatkan motosikal hilang kawalan dan bergesel dua kenderaan lain di lorong kiri.
“Mangsa terjatuh di lorong tengah sebelum digilis lori dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.
Mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Wan Azlan meminta pemandu kereta Perodua Bezza terbabit kemalangan itu untuk hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk membantu siasatan.
Beliau turut meminta saksi kejadian tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Hamdan Jeramatin di talian 019-4642222.
Penunggang motosikal maut kemalangan, polis cari Perodua Bezza bergesel dengan mangsa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat
- Kerajaan Mesti Jawab Pendedahan Ezam Mengenai Perintah Pembebasan Segera DS Najib
- Mungkinkah Wakil Istana Pahang Akan Beri Keterangan Di Mahkamah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apa Yang Cuba Di Sorokkan Oleh Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Sabah?
You must be logged in to post a comment.