Jangan Di Canaikan Sistem Pendidikan Negara
Jangan Di Canaikan Sistem Pendidikan Negara
Kementerian Pendidikan yang berada di bawah tanggungjawab terus menimbulkan keresahan dengan beberapa dasar kontroversi.
Sebelum ini, timbul keresahan dari pihak ahli akademik dan ibubapa apabila Kementerian Pendidikan meneruskan dasar menghapuskan sistem peperiksaan berpusat di semua peringkat kecuali di peringkat SPM dan STPM.
Kini timbul satu lagi isu kontroversi apabila Kementerian Pendidikan menurunkan markah lulus peperiksaan dari 40% kepada hanya 20% untuk peperiksaan UASA.
Ianya telah menimbulkan pelbagai persoalan dari pelbagai pihak yang terkejut dengan keputusan tersebut.
Lebih membingungkan lagi Kementerian Pendidikan terus membisu tanpa memberikan sebarang justifikasi mengapa keputusan itu diambil.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) menuntut penjelasan segera untuk menghilangkan keresahan ibu bapa terhadap skema pemarkahan terbabit.
“KPM kena beri penjelasan kepada ibu bapa justifikasi berhubung penetapan skema markah itu,” desak NUTP.
Manakala ahli akademik dari UKM, Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore berkata, tindakan itu menimbulkan kebimbangan.
“Ia boleh menimbulkan tanggapan masyarakat mendakwa semakin ramai pelajar malas dan kurang berdaya saing,” jelas beliau.
Apa Rasional Keputusan Tersebut?
Bagi penulis, keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia hanya akan melahirkan generasi yang cuma indah khabar dari rupa dari sudut kualiti akademik mereka.
Kementerian Pendidikan boleh berbangga dengan peratus pelajar yang lulus yang tinggi peperiksaan UASA pelajar Tahun 6 sekolah kebangsaan.
Tetapi persoalannya, adakah pelajar yang lulus itu benar-benar layak dan bersedia untuk menyambung pelajaran di peringkat menengah?
Apa maksud peratusan markah bagi sesuatu peperiksaan?
Mendapat markah 20% dari peperiksaan bermaksud, secara maksima, pelajar tersebut hanya menguasai hanya 20% dari pembelajaran di dalam sesuatu mata pelajaran.
Dalam format peperiksaan di negara kita, soalan dalam bentuk pilihan jawapan atau soalan objektif akan mewakili 40% dari markah keseluruhan.
Dalam artikata lain, pelajar hanya perlu menjawab dengan betul 20 soalan objektif untuk lulus keseluruhan matapelajaran tersebut.
Sama ada jawapan yang betul itu adalah kerana pelajar benar-benar mengetahuinya atau kerana bernasib baik, sudah tidak lagi menjadi isu.
Yang penting, untuk lulus, jawab 20 soalan objektif dengan betul, sudah boleh abaikan bahagian B dan C yang berbentuk subjektif.
Apakah jaminan kualiti pelajar yang akan mengisi tempat di sekolah menengah?
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, mesti menjelaskan perkara ini.
Jawapan ia adalah keputusan Kementerian Pendidikan dan bukan keputusan beliau bukanlah pilihan.
Jangan Di Canaikan Sistem Pendidikan Negara
Di Syorkan Untuk Anda:
- Road To Kajang Or Road To Sungai Buloh?
- Di Mana Suara Majlis Peguam Dan BERSIH Dalam Isu Titah Adendum?
- RCI Batu Puteh: Mahathir Tipu Kabinet Pada Tahun 2018
You must be logged in to post a comment.