Titah Adendum: Berhenti Dari Sembunyikan Kebenaran

Titah Adendum Berhenti Dari Sembunyikan Kebenaran

Titah Adendum: Berhenti Dari Sembunyikan Kebenaran

 

Polemik sama ada benar wujud Titah Adendum YDP Agong ke XVII, DYMM Al Sultan Abdullah, yang memberikan keringanan hukuman penjara kepada tahanan rumah ke atas DS Najib dilihat sudah hampir sampai ke penghujung.

Anak DS Najib, Dato’ Nizar Najib yang juga merupakan EXCO Kerajaan Pahang telah memfailkan afidavit di mahkamah untuk mengesahkan kewujudan titah adendum tersebut.

Afidavit tersebut boleh dibaca di sini.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Ketua Peguambela DS Najib, TS Shafee Abdullah selepas prosiding di Mahkamah Rayuan.

Apa yang menarik adalah, Dato’ Nizar telah menyertakan titah adendum tersebut bersama-sama dengan afidavit beliau.

TS Shafee Abdullah menjelaskan, Dato’ Nizar telah menerima salinan titah tersebut dari Istana Pahang.

Ianya adalah atas arahan Sultan Pahang yang merupakan YDP Agong ke XVI.

Menurut TS Shafee Abdullah, Dato’ Nizar telah menerima salinan titah adendum dari Istana Pahang pada 2 Disember 2024.

Jadi, terjawab persoalan, mengapa ianya tidak dikemukakan kepada mahkamah lebih awal.

“Baginda Sultan Pahang tidak mahu terlibat dalam kontroversi awam.”

“Oleh sebab itu, baginda kekal berdiam diri.”

“Namun keadaan menjadi terlalu serius.”

“Dan hampir setahun sejak perintah tambahan itu diluluskan,” jelas TS Shafee Abdullah.

Sehubungan dengan itu, Mahkamah Rayuan telah menunda prosiding semakan kehakiman, berhubung titah adendum yang meletakkan DS Najib di bawah tahanan rumah.

Ia atas permintaan peguam kanan persekutuan yang menjelaskan pihak kerajaan perlukan masa untuk menentusahkan keesahan dokumen tersebut.

“Kita perlukan masa untuk menentusahkan ekshibit.”

“Dokumen itu tidak ditandatangani atau dimeterai,” jelas Shamsul Bolhassan.

Untuk keadilan, kita menghormati permintaan dari peguam kanan persekutuan.

Satu-satunya cara terbaik untuk menentukan keesahan titah adendum tersebut adalah dengan mendapatkan kepastian dari Istana Pahang.

Jangan pula tanpa merujuk kepada Istana Pahang, tandatangan atau cop meterai dijadikan alasan untuk menentukan keesahan titah tersebut.

Tidak mungkin Dato’ Nizar berani ‘menjual’ nama Istana Pahang dalam isu tersebut.

Berhentilah dari cubaan untuk menyembunyikan kebenaran.

 

Titah Adendum: Berhenti Dari Sembunyikan Kebenaran

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker