Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan, Seni & Budaya

Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan Seni & Budaya

Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan, Seni & Budaya

 

Isu Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kembali menjadi perbualan hangat di kalangan ahli politik dak rakyat di negara ini.

Walau pun kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak perlu dipersoalkan lagi kerana perlembagaan secara jelas meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan secara jelas meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara.

Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diperkemaskan lagi dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967.

Isu Bahasa Melayu kembali menjadi hangat apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertindak tegas menurunkan papan tanda dalam Bahasa Mandarin di Kuala Lumpur.

Tindakan tersebut telah disanggah oleh Menteri Pelancongan, Seni & Budaya, Tiong King Sing.

ahli parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun.

Beliau menggesa supaya DBKL hentikan hentikan tindakan terhadap papan tanda Bahasa Mandarin.

Alasan Tiong King Sing adalah kononnya, penggunaan papan tanda dwibahasa bukan sahaja mencerminkan sikap mesra terhadap pelancong luar.

Ia juga sebagai unsur teras daya tarikan negara dari segi budaya.

Beliau menyifatkan tindakan DBKL sebagai imej autoritarian dan terkebelakang DBKL.

Kenyataan Tiong King Sing disokong oleh ahli parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun.

Alasan yang beliau berukan adalah kononnya penggunaan papan tanda berbilang bahasa memenuhi keperluan pelancong dari pelbagai negara.

Ia juga menyerlahkan daya tarikan unik bandar itu sebagai metropolis antarabangsa.

Raja Raja Melayu Bersuara

 

Isu penggunaan Bahasa Mandarin pada papan tanda pernah menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor.

Baginda pernah menitahkan supaya semua papan tanda yang menggunakan Bahasa Mandarin di seluruh Selangor diturunkan.

Terkini, Sultan Pahang pula menyeru agar semua pihak tidak mengabaikan penggunaan bahasa kebangsaan.

“Bahasa Melayu ialah lambang identiti budaya dan kedaulatan negara.”

“Serta merupakan medium utama yang dapat memperkenalkan keunikan warisan, adat resam dan tradisi masyarakat ini kepada seluruh dunia.”

“Bahasa Melayu dan tulisan Jawi perlulah dipastikan penggunaannya secara menyeluruh.”

“Bukan sekadar memenuhi syarat, tetapi sebagai tanda cinta dan hormat kepada warisan bangsa.”

“Saya ingin mengingatkan, bahawa kita tidak perlu menjadi seperti kaduk naik junjung.”

“Terlalu teruja dengan bahasa dan budaya luar sehingga mengabaikan akar bangsa kita sendiri.”

“Dalam usaha membangunkan negeri dan membuka pintu kepada pelancong dari serata dunia, kita tidak harus kehilangan jati diri,” tegas baginda.

Tidak Perlu Menjadi Lebih China Dari Rakyat China Untuk Menarik Minat Mereka Melancong

 

Penulis bukanlah penyokong Perikatan Nasional, tetapi kali ini penulis penulis bersetuju dengan bantahan mereka mengenai isu bahasa.

Sama ada ianya bermotifkan politik atau tidak, bukan isu bagi penulis.

Tetapi Tiong King Sing mesti sedar sebagai Menteri Pelancongan, Seni & Kebudayaan, beliau bertanggungjawab memertabatkan seni dan kebudayaan Malaysia.

Bukannya memertabatkan seni dan kebudayaan negara lain di Malaysia.

Penulis juga merasa sangat terkejut bila Tiong King Sing mengumumkan China memilih Malaysia sebagai destinasi sambutan tahun baru.

Apa sebenarnya yang mahu Tiong King Sing mahu buktikan?

Sudah berdekad lamanya Malaysia menjadi destinasi pelancong China walau pun Malaysia tidak pernah menjadi destinasi sambutan tahun baru rakyat China.

Juga sudah berdekad lamanya Malaysia menjadi destinasi pelancongan rakyat China dengan papan tanda mempamerkan bahasa kebangsaan.

Kita meraikan dan mengalu-alukan kedatangan pelancong asing ke negara kita, tetapi dengan acuan budaya kita.

Rakyat Malaysia tidak perlu menjadi lebih China dari rakyat China hanya untuk menarik minat mereka untuk melancong ke negara kita.

Dan walau pun tidak dinafikan pelancong China adalah kelompok pelancong terbesar yang melawat Malaysia, tetapi ramai lagi warga dari negara lain yang melawat Malaysia.

Apakah pelancong asing dari negara lain juga memahami Bahasa Mandarin?

 

Sindiran Raja Melayu Kepada Menteri Pelancongan, Seni & Budaya

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker