Ina Naim Promosi Produk, Buat Netizen Terpegun [VIDEO]

Alhamdulillah Makin Berseri

Ina Naim Promosi Produk, Buat Netizen Terpegun [VIDEO]

Ina Naim Promosi Produk, Buat Netizen Terpegun [VIDEO]

Umum mengetahui, penyanyi, Ina Naim kembali bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung pada 8 November lalu di Kota Tinggi, Johor.

Pengantin lelaki yang merupakan seorang duda kepada dua cahaya mata dan bekerja sebagai jurutera itu menyerahkan mas kahwin RM100, kelengkapan solat, seutas gelang emas serta sebentuk cincin dan lima dulang hantaran.



Masih dalam ‘vibe’ pengantin, gelagat pasangan suami isteri ini mencuri perhatian netizen ketika mempromosikan produk milik usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri di Instagram.

“Pengantin baru, Ina Naim laris cepat ek lagi-lagi bila menggayakan beg terbaru dari Antons Leather.”-kapsyen Aliff di Instagram

 

Netizen Terpegun!

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terpegun melihat Ina Naim yang berseri-seri sejak kembali berumah tangga selepas bekas suaminya, Suhaimi Saad pergi mengadap Ilahi disebabkan masalah kesihatan yang juga menyebabkan organ dalaman tidak berfungsi.



“Model macam ni la kita sokong. Model separa bogel tak payah la.”

“Orang jarang bersolek ni, bila bersolek nampak cantik sangat.”

“Berkat kesabaran dia, Allah ganti lelaki yang bagi dia bekerjaya pula.”

“Ina naim comelnya macam anak dara lepas kahwin je berseri-seri.”



“Alhamdulillah makin berseri, semangat terus tengok video ni Datuk dengan model, Ina.”

“Muka Ina tak berubah eh dari masa mula-mula dulu 😍.”

“Suka Ina dari dengan arwah Suhaimi Saad, dengan suami baru tetap jaga penampilan cantik manis walau usia dah bertambah. Semoga bahagia selalu Ina & suami till Jannah. Muka Ina ada iras Datin lah baru perasan. Sama-sama cantik.”

Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah. Apa komen anda?



Ina Naim Promosi Produk, Buat Netizen Terpegun [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker