’10 minit majlis nak mula, jurusolek masih tak muncul’

Oleh – Syeikh Baran

’10 minit majlis nak mula, jurusolek masih tak muncul’

“Majlis mula 2.30 petang, janji dengan makeup artist (jurusolek) mula 1.20 petang. Masa tunggu dia cakap jalan sesak, pukul 2 petang baru sampai. Sampai pukul 3 petang pun tak sampai.”



Itu kekecewaan yang diluahkan seorang wanita apabila jurusolek yang ditempah gagal muncul memberi khidmat pada hari yang dijanjikan.

Pengguna TikTok dikenali sebagai Cik Bella terdahulu telah membuat satu hantaran dipercayai bagi pihak kakaknya, memaklumkan dia tidak menghalalkan wang yang telah dibayar kepada jurusolek tersebut.

“Kakak saya tidak halalkan duit yang dia dah ‘transfer’ (pindahkan) kepada awak. Tujuan saya ‘post’ (buat hantaran) ni supaya orang lain tak terkena. RM130 tu tak besar bagi yang banyak duit, tapi besar bagi yang tiada,” katanya.

Bercerita lanjut wanita itu berkata, langsung tiada ucapan maaf yang diterima daripada jurusolek berkenaan selepas gagal memunculkan diri pada hari pertunangan kakaknya itu.

“Tak ada kata-kata maaf langsung. Katanya dah lambat, (nanti) solek tak cantik sebab kalut. Jangan tertipu walaupun tengok akaun TikTok dah berbelas ribu pengikut. Kalau scammer, tetaplah scammer,” luahnya.



Dalam pada itu, ada dalam kalangan orang ramai turut berkongsi pengalaman serupa.

“Saya pernah berada dalam situasi ni, nak nikah. MUA (makeup artist) selamba cakap maaf, tersalah masukkan tarikh. Kita dah serabut siapa sanggup solek pagi-pagi nak nikah pukul 10 pagi nanti,” kongsi seorang pengguna.

“Aku pernah kena masa majlis. Matikan telefon, saya tunggu sampai 10.30 pagi. Sekurang-kurangnya beritahu awal, sampai bila-bila saya ingat,” cerita @naama.

“Saya pun kena scam dengan jurusolek sama awal bulan 10 lepas. Lapor polis baru nak pulangkan balik duit,” komen @salwaaaa.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker