Bicara kes rogol yang menggemparkan India bermula

Bicara kes rogol yang menggemparkan India bermula

Bicara kes rogol yang menggemparkan India bermula
WANITA memegang potret (kiri) yang menggambarkan mangsa kes rogol berkenaan, semasa perhimpunan oleh doktor dan aktivis sosial di Kolkata pada 2 Oktober 2024. FOTO fail AFP

Kolkata: Sebuah mahkamah di Bengal Barat, di timur India, pada Isnin memulakan perbicaraan kes seorang sukarelawan polis yang dituduh merogol dan membunuh seorang doktor di sebuah hospital kerajaan pada Ogos lalu.

Mayat doktor wanita itu ditemukan di dalam sebuah bilik darjah di Kolej Perubatan dan Hospital R G Kar di ibu negeri Kolkata pada 9 Ogos, kata polis persekutuan.

Polis berkata berkata, susulan kejadian, polis menangkap seorang sukarelawan polis, Sanjay Roy.

Pertuduhan difailkan minggu lalu, manakala Roy berkata, dia ‘sangat tidak bersalah’ dan difitnah, lapor media tempatan.

Kes undang ini menghidupkan semula kritikan terhadap rekod buruk India dalam keselamatan wanita walaupun undang-undang yang lebih ketat diperkenalkan selepas kes rogol beramai-ramai dan pembunuhan seorang wanita di dalam bas yang sedang bergerak di New Delhi pada 2012.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib


Ia juga menyorot infrastruktur dan keselamatan yang lemah di hospital kerajaan di India, dengan banyak daripadanya kekurangan kemudahan asas termasuk kamera litar tertutup (CCTV) dan anggota keselamatan.

Kira-kira 128 saksi akan diperiksa semasa perbicaraan, kata sumber mahkamah kepada Reuters.

Perbicaraan dijalankan setiap hari kerana pihak berkuasa berusaha untuk mempercepatkan kes berprofil tinggi ini.

Bagaimanapun, prosiding tidak dibuka kepada orang awam.

Selain Roy, polis berkata, mereka menangkap pegawai yang bertanggungjawab ke atas balai polis tempatan dan superintendan hospital kerana didakwa memanipulasi bukti serta penyelewengan kewangan.

Bicara kes rogol yang menggemparkan India bermula

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Di Mana Dasar Moral Pemimpin Bila Masih Manjadi Menteri Selepas Di Tolak Ahli Parti?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker