Pemandu lori langgar mati harimau belang belum buat laporan polis

Pemandu lori langgar mati harimau belang belum buat laporan polis

Pemandu lori langgar mati harimau belang belum buat laporan polis
Pemangku Ketua Polis Perak, Zulkafli Sariaat pada sidang media di IPK Perak hari ini. – Foto L MANIMARAN

IPOH: Pemandu lori yang melanggar mati harimau belang di Kilometer 67.1 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik pada Sabtu lalu, masih belum membuat laporan polis.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, polis kini bekerjasama dengan PERHILITAN dalam usaha mengesan pemandu terbabit susulan laporan yang diterima daripada jabatan itu.

Beliau berkata, usaha mengesan pemandu lori berkenaan giat dijalankan terutama selepas sebahagian tubuh mamalia itu seperti kulit tidak ditemukan, dipercayai dicuri.

“Kes harimau itu disiasat oleh PERHILITAN dan pihak polis akan memberi kerjasama untuk menjejaki suspek. Setakat ini kita pun tak tahu (siapa) suspek, sebab pemandu lori pun tidak membuat sebarang laporan polis.

“Laporan polis ini dibuat oleh PERHILITAN selepas ianya (kematian harimau) viral, dan kita membantu jabatan berkenaan. Setakat ini pemandu lori belum dapat dikesan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib


Terdahulu, media melaporkan bangkai harimau belang yang mati akibat digilis lori berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa di Gerik pada Sabtu lalu dijumpai dalam keadaan tidak sempurna dipercayai dicuri.

Ia termasuk kulit mamalia itu seolah sudah disiat menerusi video tular, selain Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff mengesahkan banyak bahagian harimau itu didapati hilang termasuk taring, tulang, kuku dan misai.

Semalam, media melaporkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan empat batang taring, kuku pada kaki, kulit ekor dan sebahagian kulit di kepala harimau didapati hilang akibat dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab, dipercayai dicuri pemburu haram.

Pemandu lori langgar mati harimau belang belum buat laporan polis

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker