Pelajar UTP disahkan maut akibat tercampak keluar dari kereta

Pelajar UTP disahkan maut akibat tercampak keluar dari kereta

Pelajar UTP disahkan maut akibat tercampak keluar dari kereta
Seorang pelajar lelaki UTP maut, manakala tiga rakannya cedera dalam nahas di Jalan Teknologi 1, Seri Iskandar, malam tadi. – Foto IHSAN BOMBA.

SERI ISKANDAR: Pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang maut dalam nahas di Jalan Teknologi 1, di sini, malam tadi disahkan maut akibat tercampak keluar dari kereta Perodua Bezza yang dipandu rakannya.

Mangsa, Mohammad Najib Mohd Adin, 19 yang juga penuntut Tahun Satu Jurusan Kejuruteraan Kimia yang duduk di penumpang belakang kanan, manakala tiga lagi rakan sebayanya cedera.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, dalam kejadian jam 8 malam itu, Perodua Bezza yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan lalu berpusing ke kanan melanggar penghadang jalan.

Beliau berkata, kereta terbabit bergolek beberapa kali sebelum terbabas di tepi jalan di laluan bertentangan.

“Ketika kejadian, mereka dipercayai dalam perjalanan dari UTP menuju ke arah Pusat Perniagaan Seri Iskandar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib


“Pemandu kereta cedera parah, penumpang hadapan dan penumpang belakang kiri pula cedera ringan, manakala penumpang belakang kanan maut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini diminta menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat di talian 014-6790829 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Pelajar UTP disahkan maut akibat tercampak keluar dari kereta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker