Hospital Papar, Sabah terbakar
Hospital Papar, Sabah terbakar
PAPAR: Suasana panik menyelubungi Hospital Papar awal malam tadi selepas stor farmasi hospital berkenaan, terbakar.
Kakitangan hospital turut kelihatan bertungkus-lumus memindahkan pesakit dan peralatan manakala pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar melaksanakan operasi pemadaman.
Ketua BBP Papar, Penolong Penguasa Bomba Rozlan Osman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.02 malam.
Katanya, seramai 14 pegawai dan anggota bersama jentera, Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran membabitkan sebuah stor perubatan farmasi manakala sebuah bangunan bilik makmal kajian hanya terkena bahang. Operasi pemadaman masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara Mimpi Dan Fantasi Haji Hadi
- Sudah Sampai Masanya Akar Umbi Bangkit Untuk Bela Najib
- Kem Hamzah Terkulai Dalam Pemilihan BERSATU
Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
Rozlan berkata tiada mangsa dilaporkan terbabit setakat ini dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
“Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya sambil mengesahkan operasi memadam kebakaran turut dibantu BBP Kimanis.
Semua pesakit, kakitangan akan dipastikan selamat – Menteri
Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata usaha sedang dilakukan untuk memastikan semua pesakit dan kakitangan hospital berkenaan dalam keadaan selamat.
Sehubungan itu, beliau berkata perkembangan mengenai kejadian itu akan dimaklumkan selepas siasatan dijalankan.
“Saya juga telah dimaklumkan bahawa tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Pemindahan yang perlu juga telah dibuat dengan berjaya, termasuklah ke hospital berhampiran. Alhamdulillah.
“Orang ramai dinasihatkan untuk kekal tenang dan memberi seluas-luasnya ruang untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk menjalankan tugas mereka.
“Kemaskini seterusnya akan diberikan setelah siasatan dibuat dan segala pengesahan diperoleh daripada pihak berwajib.
“Diharapkan agar semua dapat bersabar buat sementara waktu ini. Sama-sama kita doakan keselamatan dan kesihatan semua di sana,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook sebentar tadi.
Sementara dalam satu lagi kiriman di X, Dr Dzulkefly yang memetik kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk lndera Dr Nor Azimi Yunus berhubung maklumat terkini keadaan pesakit susulan kebakaran di Hospital Papar malam tadi.
Jumlah pesakit adalah seperti berikut:
Pesakit di Jabatan Kecemasan seramai 8 orang
* 1 pesakit zon merah – telah di transfer ke HQE
* 3 pesakit zon kunin g
* 4 pesakit di zon kuning masih berada di kawasan khemah luar hospital
* Terdapat seramai 51 pesakit dalam wad yang mana mana, seramai 19 pesakit lelaki ditempatkan sementara dalam Dewan Bedah.
* Seramai 14 orang pesakit wanita ditempatkan sementara di wad materniti
* Seramai 14 orang pesakit kanak-kanak kekal di wad kanak2.
* Seramai 4 pesakit materniti (2 pos natal) kekal di wad materniti.
Menurut kiriman itu, Kementerian Kesihatan masih menyiasat punca kejadian dan menilai jumlah kerugian.
Hospital Papar, Sabah terbakar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sudah Terdedahkah Sepenuhnya Skandal 1MDB Dalam Mahkamah?
- Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
- Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Segalanya Akan Terdedah Dalam Perbicaraan Bela Diri DS Najib