Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
Menteri Dalam Negeri, Senator Saifuddin Nasution menegaskan kepada Dewan Rakyat bahawa adendum diraja yang dikatakan memerintahkan penahanan rumah DS Najib Abdul Razak hanyalah hanyalah khabar angin.
Beliau menyatakan begitu ketika menjawab soalan dari beberapa ahli parlimen.
Saifuddin merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi pada Julai lalu yang menolak tindakan undang-undang DS Najib untuk mengesahkan kewujudan adendum itu.
“Kota Bharu (Takiyuddin Hassan) juga ikuti keputusan mahkamah.”
“Ketika peguam yang berkenaan bawa (ke mahkamah) dan mahkamah kemudian anggap bahawa adendum ini hearsay.”
“Itu sudah jelas keputusan mahkamah.”
“Kita tak patut timbulkan lagilah.”
“KDN pun lagi jauh, kita tak anggotai pardon board (lembaga pengampunan).”
“Tak ada langsung.”
“Jadi wujud atau tidak (adendum yang dikatakan), mahkamah kata ketika perkara itu diangkat peguam berkenaan.”
“Mahkamah kata cerita ni, sipolan dengar sipolan dapat dari sipolan, itu maknanya hearsay.”
“Jadi selesai kat situlah.”
“Saya tak nak ulas lebihlah,” kata Saifuddin.
Dari semakan yang penulis buat, ternyata kenyataan Saifuddin bahawa mahkamah anggap titah adendum tersebut sebagai khabar angin adalah tidak tepat.
Penghakiman Mahkamah Mengenai Titah Adendum
Dalam penghakiman Hakim Amarjeet Singh, beliau tidak pernah menganggap titah adendum tersebut sebagai khabar angin.
“Dalam afidavit Ahmad Zahid, beliau berkata dia dimaklumkan oleh Tengku Zafrul mengenai kewujudan titah adendum itu.”
“Tengku Zafrul memberitahunya bahawa Seri Paduka telah menunjukkan perintah itu kepadanya.”
“Dan bahawa Tengku Zafrul juga telah mengambil gambar titah itu.”
“Ahmad Zahid berkata dia melihat gambar titah adendum itu dalam telefon Tengku Zafrul, dikatakan mempunyai tandatangan Yang di-Pertuan Agong.”
“Kenyataan Ahmad Zahid juga merupakan khabar angin semata-mata.”
“Dengan sumber maklumat dan kefahamannya ialah Tengku Zafrul.”
“Ahmad Zahid sendiri tidak mengetahui mengenai titah adendum itu sendiri melainkan apa yang didengari daripada Tengku Zafrul.”
“Wan Rosdy juga menyatakan bahawa sumber maklumat beliau mengenai titah adendum itu ialah Tengku Zafrul.”
“Justeru kenyataan dibuat Wan Rosdy juga khabar angin.”
“Saya dapati kedua-dua afidavit itu semata-mata khabar angin.”
“Selain itu, pemohon telah mengesahkan bahawa peguamnya telah menulis surat kepada responden mengenai perkara yang sama.”
“Namun tidak menerima sebarang jawapan.”
“DS Najib bergantung kepada sumbernya, iaitu Tengku Zafrul.”
“Tetapi sumber itu tidak mengesahkan afidavit tersebut.”
“Tengku Zafrul telah cuba memfailkan afidavit.”
“Tetapi mahkamah ini menafikannya kerana undang-undang tidak membenarkannya berbuat demikian pada peringkat tersebut,” hujah Hakim Amarjeet Singh.
Apa yang diputuskan mahkamah ialah afidavit yang difailkan oleh DS Zahid dan DS Wan Rosdy sebagai khabar angin.
Kerana ianya tidak dapat disahkan atau dibuktikan kesahihan sumber maklumat.
Tetapi di dalam Dewan Rakyat, Saifuddin menyatakan bahawa mahkamah menganggap titah adendum tersebut sebagai khabar angin.
Apa sebenarnya naratif yang hendak Saifuddin bawa dalam isu titah adendum???
Titah Adendum: Apa Naratif Yang Saifuddin Cuba Bawa Dalam Dewan Rakyat
Di Syorkan Untuk Anda:
- Akar Umbi Mesti Lantang Bersuara Supaya Seiring Dengan Kepimpinan UMNO Untuk Bebaskan DS Najib
- Antara Mimpi Dan Fantasi Haji Hadi
- Sudah Sampai Masanya Akar Umbi Bangkit Untuk Bela Najib
You must be logged in to post a comment.