11 beg tangan, seutas jam tangan Vivy, suami bernilai RM200,000 disita

Oleh – Syeikh Baran

11 beg tangan, seutas jam tangan Vivy, suami bernilai RM200,000 disita

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan mewah dengan anggaran keseluruhan berjumlah RM200,000 selepas membongkar kediaman pasangan pengasas platform e-dagang, Fashion Valet malam ini.



Pengeledahan itu dilakukan di kediaman milik Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang terletak di Mont Kiara, Kuala Lumpur selepas mereka hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Menurut sumber, sebelum itu, pasangan tersebut hadir ke SPRM pada pukul 1 petang untuk menyambung memberi keterangan sebelum dibawa ke kediaman mereka pada pukul 5.30 petang bagi tujuan pembongkaran.

“Dalam serbuan ini, selain dihadiri 12 pegawai SPRM, ia turut disertai peguam pasangan tersebut.

“Pengeledahan berakhir sekitar pukul 8 malam dan antara barangan yang disita termasuklah 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000,” katanya tadi.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan pembongkaran tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.



Tambah beliau, pasangan tersebut akan hadir lagi ke SPRM esok pada pukul 10 pagi untuk sambung memberi keterangan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker