Kejuaraan pengeluar keutamaan McLaren
Kejuaraan pengeluar keutamaan McLaren
London: McLaren menegaskan keutamaan mereka adalah untuk memenangi gelaran juara pengeluar Formula Satu (F1) selepas cabaran Lando Norris untuk merebut kejuaraan pemandu hampir berakhir di Brazil hujung minggu lalu.
“Kejuaraan pengeluar sentiasa menjadi keutamaan kami, jadi ia tidak mengubah apa-apa,” kata ketua pasukan, Andrea Stella selepas Norris memulakan perlumbaan dari petak utama tetapi menamatkan saingan di tempat keenam, sementara Max Verstappen memenangi perlumbaan dari petak ke-17.
Pemandu Red Bull itu kini 62 mata di hadapan pencabar terdekatnya, Norris ketika berbaki tiga pusingan dan 86 mata ditawarkan.
Ini bermakna, Verstappen berpeluang menjuarai gelaran juara dunia kali keempat berturut-turut di Las Vegas hujung bulan ini.
Namun McLaren berjaya meningkatkan jurang mata mereka dengan Ferrari kepada 36 mata.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?
“Dia memandu dengan baik, tetapi ada sedikit tuah,” kata Norris kepada televisyen Sky mengenai pemanduan hebat Verstappen di GP Brazil.
Dalam perlumbaan, Verstappen dibantu oleh bendera merah yang memberinya peluang menukar tayar selepas Norris sudah memasuki pit.
Namun, ia berlaku selepas Verstappen berjaya memotong enam kereta pada pusingan pertama, membolehkannya memanfaatkan peluang sepenuhnya.
Sementara itu, Norris melakukan beberapa kesilapan, termasuk keluar dari trek dan kehilangan kedudukan.
Kejuaraan pengeluar keutamaan McLaren
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangka
- Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.