Surat DSAT Group minat miliki KDA FC tular di media sosial
Surat DSAT Group minat miliki KDA FC tular di media sosial
Alor Setar : DSAT Group Sdn Bhd melalui anak syarikatnya Mahsuri Medical Centre (MMC) di Jitra mengemukakan cadangan untuk mengambil alih kelab bola sepak Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang kini masih menanti pembeli yang bersesuaian terhadap keseluruhan kepentingan yang ditanggung kelab berkenaan.
Perkembangan itu merujuk kepada satu kenyataan media yang kini tular di media sosial daripada pihak MMC yang mendapat arahan daripada Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Azizul Tandek yang menyatakan minat pengambilalihan 100 peratus saham KDA FC serta liabiliti kelab berkenaan.
“Pada 3 November 2024, pihak MMC dengan diwakili Ketua Pegawai Operasi, Nazar Ahmad Md Noor menyerahkan surat tawaran untuk pengambilalihan KDA FC.
“Ini adalah berikutan pertemuan pada 24 Oktober 2024 di antara Azizul dengan Exco Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Kedah, Muhammad Radhi Mat Din, yang juga seorang pemegang saham KDA FC.
“Pihak KDA FC diminta memberi maklum balas dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat itu,” menurut surat yang ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif MMC, Dr Zaki Zamani Abd Rashid bertarikh 3 November 2024.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?
Menurut maklumat berkenaan, terdapat banyak lagi syarikat yang akan dimiliki oleh KDA FC sekiranya DSAT Group berjaya mengambil alih KDA FC dan ini akan memacu sumber kewangan kelab itu sendiri dan tidak hanya berharap kepada tajaan mana-mana syarikat termasuk dari bantuan kerajaan negeri.
Cadangan pengambilalihan KDA FC ini lahir dari keikhlasan dan niat dari pemilik saham atas dasar rasa tanggungjawab pada rakyat dan negeri Kedah.
Surat DSAT Group minat miliki KDA FC tular di media sosial
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangkaÂ
- Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET