RM10 juta peruntukan e-sukan bina stadium khusus
RM10 juta peruntukan e-sukan bina stadium khusus
Iskandar Puteri : Sebanyak RM10 juta daripada keseluruhan peruntukan bagi pembangunan e-sukan menerusi Belanjawan 2025 akan digunakan untuk membina stadium khusus dalam bidang sukan berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, baki peruntukan itu pula akan digunakan untuk latihan dan aktiviti lain berkaitan e-sukan.
“Kita ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pada 18 Oktober lalu dalam ucapan Belanjawan 2025, beliau telah umumkan peruntukan sebanyak RM20 juta untuk memperkasakan ekosistem e-sukan, termasuk pembangunan bakat dan naik taraf arena e-sukan untuk tahun hadapan.
“Daripada jumlah itu, RM10 juta akan digunakan untuk bangunkan stadium khusus bagi e-sukan ini, manakala bakinya adalah untuk latihan dan juga lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan e-sukan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Peringkat Akhir Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia (MPLMY) di Kompleks Sukan EduCity di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?
Ahmad Zahid berkata, bidang e-sukan harus digalakkan kerana ia bukan sahaja dilihat sebagai satu sukan ‘indoor’, sebaliknya semakin berkembang dan boleh menjana pendapatan di masa akan datang.
“Ekosistem e-sukan semakin berkembang dan semua pihak perlu memanfaatkan potensi besar dalam industri ini yang mana pendapatannya dijangka berkembang pada Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkumpul (CAGR) sebanyak 12.6 peratus, meningkat
daripada RM26.4 juta pada 2024 kepada RM54.5 juta menjelang 2030,” katanya.
Pada masa sama, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara turut berkata, beliau melihat potensi besar dalam e-sukan di negara ini boleh dikembangkan melalui program khas TVET untuk menggilap bakat belia tempatan.
Katanya, ia termasuk kemahiran seperti kewartawanan dan pengulas e-sukan,
produksi penyiaran, pengurusan pasukan, kejurulatihan, penganjuran acara dan kerja teknikal.
“Sebagai contoh, Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) telah menubuhkan TVET yang khusus untuk bidang e-sukan.
“Usaha ini adalah bagi melatih pelajar TVET dalam bidang e-sukan ini dan mereka juga buat kursus untuk pencipta kandungan iaitu untuk membuat beberapa kandungan perlawanan mengikut versi Malaysia.
“Di samping itu juga, mereka sedang membina stadium yang khusus untuk e-sukan ini,” katanya.
Beliau turut berharap Johor menjadi negeri seterusnya yang mengikut usaha Sarawak itu dalam bidang e-sukan.
Pada pertandingan akhir, seramai lebih 2,000 peminat sukan itu hadir bagi menyaksikan perlawanan MPLMY antara Selangor Red Giants (SRG) dan Vamos (VMS).
RM10 juta peruntukan e-sukan bina stadium khusus
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangka
- Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.