Polis rakam percakapan lelaki dipukul selepas terbabit kemalangan 7 kenderaan
Polis rakam percakapan lelaki dipukul selepas terbabit kemalangan 7 kenderaan
BAGAN SERAI: Lelaki yang dipukul beramai-ramai selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di kilometer 110 Jalan Ipoh Butterworth sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, dalam kejadian pada jam 12.15 tengah malam tadi, mangsa berusia 52 tahun adalah seorang yang terbabit dalam kemalangan itu.
“Sewaktu kejadian empat kereta, sebuah pacuan empat roda dan motosikal dikatakan berhenti berikutan lampu isyarat berwarna merah.
“Kesemua kenderaan terbabit datang dari arah Bagan Serai menghala Parit Buntar dan berhenti di kawasan lampu isyarat.
“Seterusnya datang sebuah kenderaan dari lorong kanan dan melanggar kesemua kenderaan yang berada di hadapan dan lorong tengah.
“Bagaimana pun kesemua mangsa tidak mengalami kecederaan dan sudah membuat laporan polis mengenai kejadian,” katanya dalam kenyataan.
“Susulan video itu pihak polis berjaya mengesan mengesan mangsa dan sudah dipanggil untuk memberi keterangan mengenai kejadian itu.
“Mangsa adalah pemandu yang menyebabkan kemalangan terbabit namun tidak membuat laporan polis dipukul kerana tidak mengalami kecederaan sebaliknya hanya membuat laporan berhubung kemalangan,” katanya.
Juna berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 165/59 dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Sarjan Hasnita Kassim di talian 05-721 0539.
Polis rakam percakapan lelaki dipukul selepas terbabit kemalangan 7 kenderaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangkaÂ
- Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?
You must be logged in to post a comment.