Penonton perlawanan Sri Pahang FC, Kuching City sila simpan tiket
Penonton perlawanan Sri Pahang FC, Kuching City sila simpan tiket
Kuantan: Penonton perlawanan Liga Super antara Sri Pahang FC dan Kuching City FC di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh semalam, diminta menyimpan keratan tiket selepas perlawanan itu ditunda berikutan hujan lebat dan padang ditakungi air.
“Kepada penyokong-penyokong setia yang hadir ke perlawanan pada 2 November di Stadium MP Temerloh, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas semangat luar biasa yang anda tunjukkan.
“Kehadiran anda di stadium memberikan inspirasi besar kepada pasukan Sri Pahang FC. Sila simpan keratan tiket anda dengan rapi kerana tiket tersebut akan membolehkan anda hadir ke perlawanan yang akan dijadualkan semula oleh MFL nanti.
“Sokongan anda amat kami hargai, dan kami berbesar hati untuk terus melihat kehadiran anda pada perlawanan seterusnya. Terima kasih atas dedikasi anda, dan semoga kita terus bersama mengangkat semangat pasukan Sri Pahang FC,” menurut kenyataan itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?
Lewat petang semalam, MFL mengumumkan perlawanan Liga Super antara Sri Pahang dan Kuching City yang bermula jam 5.15 petang dihentikan pada minit ke-30 akibat hujan lebat ditunda kepada satu tarikh lain atas faktor keadaan padang yang tidak sesuai untuk beraksi.
Terdahulu, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak mendahului pasukan tuan rumah 1-0 hasil jaringan pemain import, Yuki Tanigawa selepas menanduk bola sepakan penjuru pada minit ke-14.
Penonton perlawanan Sri Pahang FC, Kuching City sila simpan tiket
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangkaÂ
- Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET