Diana Danielle Tetap Pendirian Untuk Tidak Bicara Tentang Isu Cerai Dengan Farid Kamil

‘Tiada Faedah Untuk Saya Ulas’

Diana Danielle Tetap Pendirian Untuk Tidak Bicara Tentang Isu Cerai Dengan Farid Kamil

Diana Danielle Tetap Pendirian Untuk Tidak Bicara Tentang Isu Cerai Dengan Farid Kamil

Pelakon, Diana Danielle menjelaskan sebab dirinya ‘membisu’ dan berlalu pergi meninggalkan perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur selepas memfailkan penceraian terhadap suaminya, Farid Kamil.

Tak ada faedah nak ulas lanjut

Diana Danielle Tetap Pendirian Untuk Tidak Bicara Tentang Isu Cerai Dengan Farid Kamil

Menerusi hantaran di Instagram Story, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson berpendapat tiada faedah untuknya mengulas lebih lanjut mengenai isu penceraiannya dan beranggapan kenyataan ringkas yang diberikan sudah memadai.

Ingin saya jelaskan bahawa saya telah dipanggil oleh peguam ke mahkamah hari ini adalah untuk menyelesaikan dokumen yang diperlukan bagi kes rujuk dan penceraian.

Dalam perjalanan ke dewan, saya telah memberikan respon ringkas kepada rakan media yang mana saya percaya itu sudah memadai.

Sebaik sahaja saya selesai melakukan apa yang diinginkan, saya tidak melihat faedah untuk membincangkan penceraian itu dengan lebih lanjut.

Tetap dengan pendirian

Diana Danielle Tetap Pendirian Untuk Tidak Bicara Tentang Isu Cerai Dengan Farid Kamil

Dalam pada itu, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Raisha’ memaklumkan bahawa peguamnya iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader telah pun memberikan jawapan yang sepatutnya kepada pengamal media.

Justeru, Diana kekal dengan pendiriannya untuk tidak memberi penjelasan mengenai hal penceraiannya dengan Farid.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?


Peguam saya sudah memberikan semua jawapan yang relevan kepada media. Dengan itu, saya memilih untuk meninggalkan mahkamah kerana tujuan saya ke sana sudah tercapai.

Saya datang ke mahkamah untuk meneruskan apa yang perlu dilakukan dan saya tidak nampak sebab untuk menghuraikan perkara ini dengan lebih lanjut.

Satu perkara yang jelas, saya mencari jalan untuk bercerai tanpa sebarang gangguan luar. Saya akan kekalkan pendirian sehingga kes cerai ini selesai.

Terdahulu, Diana hadir ke mahkamah bagi mendaftar permohonan rujuk dan cerai terhadap suami, aktor Farid Kamil.

Mahkamah kemudian menetapkan 20 November ini bagi sebutan pertama permohonan rujuk dan cerai dan meminta kedua-dua belah pihak hadir.

Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan nekad mahu berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.

Tegas Diana, dia enggan lagi dipujuk dan nekad meneruskan perceraian selain tidak mahu lagi percaya dengan janji manis ditabur Farid.

Sebelum ini, Farid dalam satu sidang media memberitahu, tiada rumah tangga yang tidak dilambung ombak dan akan berusaha menyelamatkan perkahwinannya sehabis baik.

Imbas kembali, pada 10 Mac tahun lalu, Diana pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023 namun, kembali rujuk semula selepas 21 hari.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.

Sumber: Instagram Diana Danielle

Diana Danielle Tetap Pendirian Untuk Tidak Bicara Tentang Isu Cerai Dengan Farid Kamil

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkin Sekarang Ini Ada Pemimpin UMNO Sedang Ketawa Besar

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker