5 penyokong NSFC ditahan, merusuh selepas perlawanan dengan JDT

5 penyokong NSFC ditahan, merusuh selepas perlawanan dengan JDT

5 penyokong NSFC ditahan, merusuh selepas perlawanan dengan JDT
Rusuhan di luar stadium membabitkan penyokong pasukan bola sepak sejurus perlawanan Negeri Sembilan (NSFC) dengan Johor Darul Takzim (JDT), malam tadi. – Foto Ihsan Pembaca

SEREMBAN: Lima lelaki ditahan selepas dipercayai terbabit rusuhan di luar stadium membabitkan penyokong pasukan bola sepak sejurus perlawanan Negeri Sembilan (NSFC) dengan Johor Darul Takzim (JDT), malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Rosli Ishak berkata, kira-kira jam 8.30 pagi tadi pihak polis mengesan video dimuat naik di laman sosial berdurasi 1.02 minit.

“Kejadian dipercayai kekecohan antara penyokong NSFC dan JDT di hadapan sebuah hotel berdekatan Stadium Tuanku Abdul Tuanku Rahman, Paroi, di sini.

“Pihak polis mengesahkan kejadian itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 148 dan 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan di tempat awam serta melakukan khianat,” katanya, hari ini.

Susulan itu, beliau berkata, polis berjaya mententeramkan keadaan dan menangkap tiga lelaki lingkungan umur 17 hingga 21 tahun dipercayai penyokong NSFC ketika kejadian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?


“Susulan itu juga, kami berjaya menahan dua lagi lelaki dipercayai penyokong pasukan NSFC berusia 18 dan 20 tahun yang disyaki terbabit dalam insiden itu.

“Kami juga mengenalpasti beberapa individu lain yang disyaki terbabit dalam kejadian ini dan sedang mengesan dan menahan mereka yang disyaki terbabit,” katanya.

Sesiapa mempunyai maklumat berkaitan insiden ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Ikhmal Helmi di talian 013-4519829,” katanya.

5 penyokong NSFC ditahan, merusuh selepas perlawanan dengan JDT


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkin Sekarang Ini Ada Pemimpin UMNO Sedang Ketawa Besar

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker