Skuad olahraga Jerman berkampung di Malaysia
Skuad olahraga Jerman berkampung di Malaysia
Kuala Lumpur: Skuad olahraga Jerman memilih Kuala Lumpur sebagai destinasi pilihan mereka untuk persediaan atlet pecut terbaik mereka menjelang Kejohanan Olahraga Lari Berganti-Ganti Dunia 2025 di Guangzhou, China, Mei tahun depan.
Pengurus besar Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Nurhayati Karim berkata pasukan olahraga Jerman yang sedang mencari negara untuk penyesuaian iklim dijangka berlatih di sini selama tiga minggu sekitar April.
Beliau berkata sepanjang tempoh itu, KOM dan Persatuan Olahraga Jerman (GAA) akan bekerjasama menganjurkan kem latihan untuk pelari pecut dari kedua-dua negara sekali gus memberikan pengalaman berharga kepada atlet negara.
“KOM sangat gembira dan teruja untuk menerima rakan-rakan kami dari GAA untuk meneroka semua peluang dalam membangunkan acara pecut. Kami juga menanti kem latihan mereka di Malaysia dengan salah satu lokasi berpotensi ialah Stadium Merdeka.
“Kami turut membincangkan beberapa aspek untuk pembangunan bersama dan kerjasama seperti kem latihan bersama, klinik kejurulatihan dan bengkel bersama jurulatih tempatan serta jurulatih dari Jerman,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?
Sementara itu, Pengerusi GAA Idriss Gonschinska berkata atlet yang akan berlatih di sini termasuk pasukan 4×100 meter (m) lelaki dan wanita, pasukan 4x400m lelaki dan wanita serta pasukan campuran 4x400m.
Beliau berkata selain persekitaran dan keadaan latihan, hubungan peribadi dengan KOM adalah faktor utama dalam memilih Malaysia.
“Secara peribadi, ini seperti perjalanan kembali untuk saya kerana beberapa tahun lalu saya berpeluang bekerjasama dan melatih beberapa atlet Malaysia seperti legenda 400m lari berpagar negara Noraseela Khalid dan pelari 110m berpagar lelaki Mohd Robani Hassan. Ia satu pengalaman yang hebat,” katanya.
Sementara itu, pengurus pasukan pecut Jerman, Julian Reus berkata beliau berhasrat membawa pelari pecut terbaik Jerman termasuk pelari 100m lelaki Owen Ansah dan pelari 4x100m wanita Gina Luckenkemper, untuk berlatih di sini.
“Kejohanan Dunia tahun depan sangat penting buat kami, jadi matlamat kami adalah membawa pelari pecut terbaik Jerman ke Malaysia termasuk Owen Ansah, pelari pecut pertama Jerman dalam sejarah yang berjaya mencatat masa di bawah 10 saat serta pelari pecut utama lain.
“Jika mereka berada dalam keadaan cergas, mereka akan datang ke sini,” kata bekas pemegang rekod 100m lelaki Jerman berusia 36 tahun itu.
Skuad olahraga Jerman berkampung di Malaysia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangkaÂ
- Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET