Monaco terus bernasib malang
Monaco terus bernasib malang
Paris: Pasukan harapan gelaran Ligue 1, Monaco, mengalami kekalahan kedua berturut-turut selepas tewas 1-0 di laman sendiri kepada Angers yang berada dalam kesulitan.
Selepas seri 0-0 dengan Lille diikuti kekalahan 2-1 dalam perlawanan derby kepada Nice, Monaco ditewaskan oleh jaringan hebat Jean-Eudes Aholou pada minit ke-29.
“Kami kekurangan segala- galanya, terutamanya pada separuh masa pertama. Angers bermain dengan baik, tetapi terutamanya disebabkan cara kami bermain… ia berantakan dan terlalu perlahan.
“Ia adalah perlawanan terburuk kami musim ini,” kata jurulatih Monaco, Adi Huetter.
Kekalahan itu menyebabkan Monaco, yang akan berkunjung ke Bologna dalam Liga Juara-Juara pada Selasa, berisiko kehilangan tempat kedua dalam carta liga kepada Marseille hujung minggu ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?
Lille kekal di tangga ketiga selepas seri 1-1 dengan Lyon yang berada di tempat kelima, dengan Malick Fofana menyelamatkan satu mata untuk Lyon pada masa kecederaan.
Jonathan David memberikan Lille kelebihan awal pada minit ke-17, menyempurnakan peluang yang dicipta oleh Ainsley Maitland-Niles.
Perlawanan seterusnya untuk Lille ialah pertemuan di laman sendiri dengan Juventus dalam Liga Juara-Juara pada Selasa.
Juara Perancis, Paris Saint-Germain, masih mendahului liga dengan kelebihan tiga mata dan mereka berpeluang melebarkan jurang itu apabila menerima kunjungan Lens.
Berbeza dengan nasib Monaco, Angers kini mencatatkan kemenangan dua kali berturut-turut. Kemenangan 4-2 mereka ke atas Saint Etienne minggu lalu adalah kejayaan pertama mereka musim ini selepas mencatat empat seri dan empat kekalahan dalam lapan perlawanan pembukaan mereka.
Monaco terus bernasib malang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib perlu jawap pertuduhan, keputusan yang sudah dijangka
- Kenapa KJ Tak Dedahkan Apa Peranan Beliau Sepanjang Menjadi Ketua Pemuda UMNO?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.