Dua pempengaruh tak mahu pakai jaket keselamatan ditemukan lemas

Dua pempengaruh tak mahu pakai jaket keselamatan ditemukan lemas

Dua pempengaruh tak mahu pakai jaket keselamatan ditemukan lemas
MAYAT Amorim ditemukan seminggu selepas kejadian. FOTO Instagram

Brasilia: Gara-gara enggan memakai jaket keselamatan kerana dikatakan tidak nampak cantik ketika bergambar, dua pempengaruh maut selepas bot laju dinaiki mereka karam di pantai Brazil, baru-baru ini.

New York Post yang memetik laporan media Brazil menyatakan mangsa, Aline Tamara Moreira de Amorim, 37, dan Beatriz Tavares da Silva Faria, 27, tidak mengendahkan permintaan untuk memakai jaket keselamatan.

Mereka berbuat demikian ketika menaiki bot untuk pulang ke pantai, dari sebuah parti kapal layar di perairan dikenali Devil’s Throat di Sungai Iguazu, menurut laporan tempatan.



“Ada yang tidak mahu memakainya (jaket keselamatan) kerana mahu berswafoto,” kata Pesuruhjaya Polis Sao Vincente Marcos Alexandra Alfino.

Menurut media tempatan, kedua-dua mangsa menaiki bot laju ke pantai bersama empat lagi pempengaruh selepas berpesta di atas kapal layar mewah bersama rakan di luar pantai Sao Paulo, pada 29 September lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?




Kapten bot laju memberitahu polis bahawa dia diarah mengangkut enam pempengaruh, walaupun ia hanya mempunyai kapasiti maksimum lima penumpang.

Menurut jurucakap polis tempatan, bot itu dibadai ombak lalu penumpangnya terhumban ke laut.

Mayat Faria ditemukan oleh bomba maritim Brazil, kata polis. Seminggu kemudian, mayat Amorim ditemukan di Pantai Itaquitanduva.

Dua pempengaruh tak mahu pakai jaket keselamatan ditemukan lemas

 



DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkin Sekarang Ini Ada Pemimpin UMNO Sedang Ketawa Besar



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker