Skuad lebuh raya negara perlu suntikan tajaan

Skuad lebuh raya negara perlu suntikan tajaan

Skuad lebuh raya negara perlu suntikan tajaan
DATUK Amarjit Singh. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengambil langkah untuk memastikan tahun 2025 menjurus ke arah meyakinkan penaja bagi menjamin kelangsungan kecemerlangan disiplin tertentu khususnya skuad lebuh raya negara.

Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh berkata, beliau percaya skuad lebuh raya negara harus dibantu selepas berjaya meraih beberapa kejayaan termasuk memenangi pingat emas di Sukan Sea 2023 di Siam Reap, Kemboja.

Namun begitu, PKBM dilihat agak sukar untuk mendapat kepercayaan penaja bagi meneruskan rentak kegemilangan skuad lebuh raya kebangsaan yang pernah muncul pasukan terbaik Asia di Le Tour de Langkawi 1999.



“Sebenarnya bermula 1998, skuad lebuhraya menerima penajaan yarikat terkemuka. Ia diteruskan dengan penajaan daripada KBS (Kementerian Belia dan Sukan).

“Bagaimanapun bermula akhir 2013, PKBM tidak lagi menerima penajaan atau bantuan kewangan khususnya daripada KBS. Bagaimanapun, senario ini tidak berlaku di negara lain khususnya Thailand. Saya difahamkan skuad lebuhraya Thailand menerima banyak penajaan daripada syarikat swasta negara itu. Kenapa perkara ini tidak berlaku di Malaysia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Keangkuhan DAP Sekarang Ada Kaitan Dengan Isyarat Dari Ku Li?




“Jadi, pada mesyuarat Exco pertama yang dipengerusikan oleh saya, kita bincang secara kritikal berkaitan perkara ini. Kita mahu ubah persepsi bahawa PKBM ialah sebuah persatuan yang bermasalah.

“Apa yang pasti skuad lebuh raya negara menang pingat emas acara lepas beramai-ramai elit lelaki di Sukan Sea 2021 di Hanoi, Vietnam dan Sukan Sea 2023 di Siam Reap, Kemboja,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan PKBM, hari ini.

Justeru, Amarjit yang juga Naib Presiden Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) dan Setiausaha Agung Persekutuan Berbasikal ASEAN (ACF) berharap akan ada penaja yang sudi tampil membantu skuad lebuh raya kebangsaan bagi mengharungi Sukan Sea 2025 di Thailand nanti.

Beliau mendedahkan ketika ini skuad lebuh raya kebangsaan tidak menerima hak eksklusif boleh berlatih di luar negara dan menerima bantuan kewangan yang banyak seperti diterima skuad trek Malaysia.



Sementara itu, hasil Mesyuarat Exco pertama PKBM menyaksikan berlaku rombakan barisan biro bagi memastikan persatuan itu kekal relevan sebagai penyumbang tradisi pingat di Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan Sea.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Takut Najib kembali popular antara punca “mohon maaf” ditolak


Antara perubahan yang berlaku adalah Timbalan Presiden PKBM, Mazlan Md Jail bertukar kepada Jawatankuasa Anti-Doping sementara Naib Presiden PKBM, Norazman Datuk Abu Samah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Lebuhraya manakala bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Cycling for All dan Pindaan serta Tugas-tugas Khas.



Skuad lebuh raya negara perlu suntikan tajaan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkin Sekarang Ini Ada Pemimpin UMNO Sedang Ketawa Besar



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker