‘Saya spesies manusia berbeza’ – Tyson
‘Saya spesies manusia berbeza’ – Tyson
Los Angeles: Mike Tyson menepis keraguan orang ramai terhadap perbezaan usia 31 tahun antara beliau dan Jake Paul menjelang pertarungan membabitkan kedua-dua mereka, 15 November depan.
Ia adalah pertarungan terbesar bagi Paul, seorang YouTuber yang kini menceburi dunia tinju, sejak mula memasuki gelanggang, dan dia sememangnya memiliki kelebihan dari segi usia.
Paul hanya tewas sekali setakat ini iaitu di tangan Tommy Fury.
Ramai mengkritik keputusan untuk mempertemukan kedua-dua mereka dalam gelanggang memandangkan jurang usia mereka yang agak jau
Kali terakhir Tyson bertinju secara profesional adalah pada 2005, di mana dia tewas kepada Kevin McBride.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Luahan Hati DS Najib Melalui Sidang Media Datuk Nizar
- Pastikan Tiada Cikgu Din Seterusnya Yang Menjadi Mangsa Kerenah Birokrasi
- Mungkin Hasbie Perlu Tanya Wan Saiful Sebelum Serang KP UMNO
Najib mohon maaf kerana 1MDB ketika ramai pesalah sebenar masih bebas
Penampilan terakhirnya dalam gelanggang tinju adalah pada 2020 ketika bertarung dengan Roy Jones Jr dalam perlawanan pertunjukan yang berakhir dengan keputusan seri.
Namun, Tyson, walaupun sudah berusia 58 tahun, tetap mempunyai keyakinan tinggi dan berkongsi rakaman latihannya sambil menyatakan bahawa dia adalah ‘spesies manusia yang berbeza’.
“Dia lebih muda, dia patut mampu menahan tumbukan daripada seorang lelaki tua seperti saya.
“Saya adalah spesies manusia yang berbeza kerana saya sangat aktif dengan apa yang saya lakukan. Saya tak suka duduk diam,” katanya.
‘Saya spesies manusia berbeza’ – Tyson
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenyataan RSN Rayer Dan AMK Boleh Menggugat Kerjasama Kerajaan Perpaduan
- Parti Nyamuk Seperti PEJUANG Jangan Bersikap Lebih Sudu Dari Kuah
- Mohon maaf Najib yang di “Spin” oleh banyak pihak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.