Lelaki makan 10,000 cawan mi segera dalam tempoh 30 tahun
Lelaki makan 10,000 cawan mi segera dalam tempoh 30 tahun
Tokyo: Sokusekisai Oyama yang terkenal dengan julukan Raja Ramen Segera Jepun meraih pendapatan lumayan, dengan makan mi segera sekurang-kurangnya sekali sehari selama lebih tiga dekad.
Oddity Central melaporkan, mi segera, atau lebih dikenali sebagai mi cawan di Jepun, adalah makanan segera yang paling popular di Jepun dan hampir semua orang menyukainya, tetapi tiada siapa yang menyukainya seperti Oyama.
Bekas pelukis ilustrasi yang memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan meninggalkan kerjayanya untuk melakukan perkara paling digemarinya iaitu makan mi dan menjadi pengkritik profesional bagi makanan berkenaan.
Lelaki berusia 65 tahun itu mendakwa dia sudah makan sekurang-kurangnya lebih 10,000 cawan mi sejak 30 tahun lalu.
Oyama berkata dia jatuh cinta dengan mi segera ketika menyambung pengajian dalam jurusan kejuruteraan di Universiti Gunma Tokyo.
Bukan setakat makan, Oyama juga gemar mengumpul bungkusan mi segera dengan koleksinya kini berjumlah lebih 6,000 cawan dan pembungkus yang berbeza.
Kemenangan Oyama melonjakkan namanya hingga diangkat sebagai selebriti, hingga berpeluang muncul di rancangan televisyen (TV) lain dan di acara yang berbeza.
Pada 2018, Oyama dinobatkan sebagai juara pertandingan Raja Susunan Ramen Piala Goku Kiwami.
Dalam rancangan itu, peserta dikehendaki menambah baik rasa mi segera dengan mencadangkan pelarasan kecil.
Peserta akan memilih mi segera kegemaran mereka dan kemudian menambah beberapa bahan untuk menjadikan rasanya lebih baik.
Juri pertandingan terdiri daripada pemilik kedai ramen akan menilai hasilnya dengan merasai ramen yang ditambah baik.
Kehebatan Oyama tidak dapat disangkal lagi kerana barisan juri mengakui lelaki itu adalah peserta terbaik.
Lelaki makan 10,000 cawan mi segera dalam tempoh 30 tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenyataan RSN Rayer Dan AMK Boleh Menggugat Kerjasama Kerajaan Perpaduan
- Parti Nyamuk Seperti PEJUANG Jangan Bersikap Lebih Sudu Dari Kuah
- Mohon maaf Najib yang di “Spin” oleh banyak pihak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET