Yakeb sedia hulur bantuan kepada Zamri
Yakeb sedia hulur bantuan kepada Zamri
Kuala Lumpur: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) sedia menghulurkan bantuan kepada Muhamad Zamri Baba meskipun bekas pelumba negara itu bukan anggota yayasan berkenaan.
Pengerusi Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata, ini kerana atlet sukan permotoran tidak berdaftar di bawah Yakeb dan ia menyukarkan pihaknya untuk menyalurkan bantuan.
Justeru, Noorul berharap Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) selaku badan induk yang lebih arif mengenai atlet sukan permotoran, akan tampil bertemu dengan pihaknya bagi membincangkan kriteria tertentu untuk membolehkan atlet mereka dapat menganggotai Yakeb.
“Untuk kali ini, kita akan cuba bantu (Zamri) apa yang boleh dilakukan. Saya akan cuba melawatnya minggu ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hadi Dan Muhyiddin Selalu Ponteng, Wan Fahysal Tak Berangkah?
- Mudahnya Fadhli Shaari Lupa Tanggungjawab Sebagai Pembangkang
- Untuk Pengetahuan Wan Saiful, Kluster Jana Wibawa Adalah Golongan Maha Kaya
“Sebab ada macam-macam pertandingan tapi kami tak tahu pertandingan yang diiktiraf oleh badan induk dunia atau Malaysia bagi sukan permotoran. Jadi cadangan itu perlulah daripada MAM,” katanya ketika dihubungi.
Jelas Noorul, pihaknya pernah memulakan perbincangan dengan MAM bagaimana untuk menjadikan atlet sukan permotoran berdaftar dengan Yakeb terutama ketika isu kesusahan hidup dihadapi bekas juara rali dunia, Karamjit Singh pada 2020.
Namun sehingga kini katanya, belum ada maklum balas diterima daripada MAM yang pengurusannya juga sudah bertukar kepimpinan.
“Kami memang sedia untuk berbincang dengan mereka. Walaupun tak dapat beri bantuan yang besar, sekurang-kurangnya kami boleh bantu atlet yang contohnya sedang sakit atau berdepan penyakit kronik.
“Sekurang-kurangnya ia akan meringankan beban mereka sebab saya difahamkan apabila mereka bersara daripada sukan permotoran, mereka tak dapat apa-apapun,” katanya.
Arena Metro sebelum ini menyiarkan kehidupan terkini Zamri yang hanya mampu mengengsot dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Kehidupan bekas pelumba berusia 41 tahun itu yang pernah beraksi menerusi tiket wildcard di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) dekat Grand Prix (GP) Malaysia serta tampil pada musim penuh di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) berubah 360 darjah selepas terbabit dengan kemalangan ngeri pada perlumbaan pusingan dua ARRC di Litar Sentul, Indonesia pada Jun 2015.
Sejak itu, isterinya, Fazlina Ahmad Fauzy, 41, setia menjaga Zamri, malah dia mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga mencari rezeki untuk suami serta dua anak mereka, Muhammad Haiqal, 15, dan Muhammad Farish, 11.
Yakeb sedia hulur bantuan kepada Zamri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib mohon maaf kerana 1MDB ketika ramai pesalah sebenar masih bebas
- Luahan Hati DS Najib Melalui Sidang Media Datuk Nizar
- Pastikan Tiada Cikgu Din Seterusnya Yang Menjadi Mangsa Kerenah Birokrasi
- Mungkin Hasbie Perlu Tanya Wan Saiful Sebelum Serang KP UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.