Koperal polis tak mengaku salah curi enjin RXZ
Koperal polis tak mengaku salah curi enjin RXZ
CHUKAI: Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini atas pertuduhan mencuri enjin motosikal jenis Yamaha RXZ, pada Julai lalu.
Tertuduh, Koperal Faris Zahim Farizan, 32, yang bertugas di Balai Polis Chukai membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.
Mengikut pertuduhan, Faris Zahim didakwa mencuri enjin motosikal milik seorang wanita pada 20 Julai lalu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan antara jam 12.45 tengah malam hingga 1.15 pagi di tepi bangunan pejabat Pegawai Penyiasat Trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman.
Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 379A (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Wan Suhaila kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Kemaman.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhammad Afif Mohd Amir manakala tertuduh diwakili peguam, Masliela Ismail.
Koperal polis tak mengaku salah curi enjin RXZ
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib mohon maaf kerana 1MDB ketika ramai pesalah sebenar masih bebas
- Luahan Hati DS Najib Melalui Sidang Media Datuk Nizar
- Pastikan Tiada Cikgu Din Seterusnya Yang Menjadi Mangsa Kerenah Birokrasi
- Mungkin Hasbie Perlu Tanya Wan Saiful Sebelum Serang KP UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.