Gelandangan ada parang, ugut ‘aku potong kau’ tak dibenar ikat jamin

Gelandangan ada parang, ugut ‘aku potong kau’ tak dibenar ikat jamin

Gelandangan ada parang, ugut 'aku potong kau' tak dibenar ikat jamin
Nadi Ahamed dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Batu Pahat atas pertuduhan memiliki parang dan melakukan ugutan jenayah. – Foto NSTP/Alias Abd Rani

BATU PAHAT: “Boleh tak telefon pakcik saya, minta dia ikat jamin,” itu permintaan seorang gelandangan yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas dakwaan melakukan ugutan jenayah serta memiliki parang, Isnin lalu.

Tertuduh, Nadi Ahamed, 47, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa menakutkan secara jenayah dengan ugutan yang boleh menyebabkan kematian terhadap lelaki berusia 46 tahun dengan kata-kata ‘aku potong kau’, di belakang sebuah hotel, Jalan Jenang, di sini, 1.30 petang, 21 Oktober lalu.



Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Untuk pertuduhan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 7 (1) (a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, serta boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan juga sebatan.

Sementara itu, tertuduh ketika dalam rayuan memberitahu mahkamah agar mengenakan ikat jamin rendah terhadapnya.

Mahkamah kemudian menetapkan esok bagi sebutan semula kes mengikut Seksyen 7 (1) (a) di Mahkamah Sesyen memandangkan ia di luar bidang kuasanya.



Bagi kes mengikut Seksyen 506 pula, mahkamah menetapkan 27 November ini untuk serahan dokumen dan juga lantikan peguam tertuduh.

Pada masa sama, mahkamah tidak menawarkan ikat jamin terhadap tertuduh memandangkan dia tidak mempunyai alamat tetap.

Gelandangan ada parang, ugut ‘aku potong kau’ tak dibenar ikat jamin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker