Empat pemimpin UMNO keluarkan kenyataan sokongan moral kepada Najib.

 

Empat pemimpin UMNO keluarkan kenyataan sokongan moral kepada Najib.

Empat pemimpin UMNO keluarkan kenyataan sokongan moral kepada Najib.
Empat pemimpin UMNO keluarkan kenyataan sokongan moral kepada Najib.

Setakat ini, kita dapati empat pemimpin UMNO telah mengeluarkan kenyataan dan memberi sokongan moral kepada Najib.

Tokoh itu ialah Wan Rosdy, Asyraf Wajdi, Puad Zarkhashi dan Ahmad Maslan.



Pelik juga! Apa komen Johari Ghani, Khaled Nordin, Azalina Osman Said dan sebagainya?

Mengenai Ismail Sabri dan H2O atau yang lain lagi, kita sedia maklom siapa mereka!

Kenapa? Khuatir mungkin tidak disenangi oleh DAP?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sukar hapus hutang PTPN kerana banyak kekangan – Dr Akmal




Najib dipuji oleh Wan Rosdy Wan Ismail kerana beliau berjiwa besar dan bersikap merendah diri.

Wan Rosdy berkata, Najib dengan ikhlas sanggup memohon maaf berhubung skandal 1MDB.

Katanya, Najib membuat kenyataan memohon maaf dengan “suci hati serta lahir dari sanubari” yang ikhlas.



Kenyataan Najib yang secara terbuka memohon maaf kepada rakyat Malaysia bukanlah satu kenyataan meraih simpati, tetapi adalah satu tindakan berjiwa besar, sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan atas kesalahan yang beliau percaya sebenarnya tidak dilakukan dan setelah diperdaya oleh mereka yang mengambil kesempatan,” kata Wan Rosdy.

Langkah Najib membuktikan beliau merupakan seorang yang bukan bersikap ego seperti Mahathir, Mahiaddin dan Daim.

Najib mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang istiqamah dalam perjuangan.

Kenyataan Najib boleh dinilai bahawa beliau sentiasa memikirkan yang terbaik untuk kepentingan rakyat.



Saya juga berdoa dan berharap agar Najib dibebaskan dan keadilan yang sebenar dapat ditegakkan dengan membawa dalang kes 1MDB ke muka pengadilan,” kata Wan Rosdy.

Menerusi Nizar, Najib memohon maaf berhubung kecelaruan dalam 1MDB yang berlaku semasa dia menjadi Perdana Menteri.

Namun Najib menegaskan bahawa beliau tidak bersalah.

Setiap hari, saya berasa amat terluka mengetahui segala kecurangan dalam 1MDB berlaku semasa di bawah pengawasan saya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.



Tiada lain yang dapat saya nyatakan selain memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Najib kemudian menyebut artikel yang diterbitkan The Edge awal bulan ini, yang menunjukkan bagaimana Jho Low dan dua eksekutif Petrosaudi, Patrick Mahoney dan Tarek Obaid berpakat untuk menyelewengkan dana 1MDB.

Najib kini menjalani hukuman penjara enam tahun dan terlibat dalam prosiding undang-undang lain berkaitan 1MDB, mendakwa artikel itu menunjukkan dia ditipu.

Rumusan daripada artikel The Edge menyatakan Petrosaudi dan Jho Low bersubahat untuk memperdaya saya. Saya tak sedar Petrosaudi telah mengalihkan dana 1MDB dan saya langsung tidak mengetahui saya telah menerima wang daripada dana yang dihantar oleh 1MDB kepada Petrosaudi.



Walaupun sukar untuk sesetengah pihak memahami, saya telah dinasihati dan dengan jujur percaya pada masa itu dana yang saya terima adalah sumbangan politik dari Arab Saudi,” katanya.

Kita yakin Najib bebas pada 30 Oktober 2024.

Sementara Ahmad Maslan berkata, permohonan maaf secara terbuka oleh Najib berhuhung kes 1MDB dianggap sebagai tindakan berjiwa besar.

Ahmad Maslan berkata, pihaknya yakin bahawa Najib tidak bersalah dan telah diperdayakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Kenyataan maaf yang dibaca anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar itu, secara tidak langsung membuatkan rakyat semakin memahami, Najib merupakan mangsa yang diperdaya oleh tipu helah.

“Rabu depan, merupakan keputusan sama ada beliau perlu membela diri dalam kes rasuah 1MDB. Kita pulangkan kepada mahkamah sama ada beliau najib perlu bela diri atau tidak, tetapi rakyat semakin faham kes ini,” ujarnya.

Sebelum ini, Najib membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia menerusi kenyataan dibacakan Nizar berhubung salah laku yang berlaku dalam 1MDB terutama ketika di bawah pengawasannya selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri.

Mohamad Nizar berkata, setiap hari bapanya berasa amat terluka apabila mengetahui kecurangan yang berlaku dalam syarikat strategik negara terbabit, terjadi semasa di bawah pengawasannya.

Ahmad Maslan berkata, Najib bukan dalang di 1MDB dan tidak pernah bersekongkol dengan Jho Low, namun dia telah dihukum atas tanggungjawab yang dipikul.

“Saya sentiasa merujuk dan mengikuti kes Najib, saya harap beliau diberikan keadilan dalam kes ni.

“Semoga keadilan sewajarnya diberikan kepada Najib di mahkamah kelak,” katanya.

Zakariya Mohamad.

Empat pemimpin UMNO keluarkan kenyataan sokongan moral kepada Najib.

 


 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mohon maaf Najib yang di “Spin” oleh banyak pihak

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker