Budak empat tahun jatuh tingkat 12 kondominium dilaporkan stabil
Budak empat tahun jatuh tingkat 12 kondominium dilaporkan stabil
GEORGETOWN: Budak lelaki yang terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Lebuh Tunku Kudin, Gelugor di sini semalam dilaporkan dalam keadaan stabil.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake, berkata kanak-kanak berusia empat tahun itu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta di sini.
“Berdasarkan keterangan keluarga kanak-kanak itu, mangsa dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di ICU untuk pemerhatian selama 48 jam,” katanya dihubungi hari ini.
Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk merekodkan keterangan ibu bapa dan saksi yang melihat kejadian itu serta kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Dalam kejadian jam 9.20 pagi semalam, kanak-kanak lelaki itu dilaporkan cedera parah setelah terjatuh dari bilik tidur utama rumahnya.
Siasatan polis mendapati mangsa ditemukan oleh neneknya berusia 63 tahun yang juga penjaganya di tingkat tujuh dan difahamkan mangsa yang merupakan anak tunggal itu terjatuh dari tingkap bilik tidur utama ketika neneknya berada dalam tandas. – BERNAMA
Budak empat tahun jatuh tingkat 12 kondominium dilaporkan stabil
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib mohon maaf kerana 1MDB ketika ramai pesalah sebenar masih bebas
- Luahan Hati DS Najib Melalui Sidang Media Datuk Nizar
- Pastikan Tiada Cikgu Din Seterusnya Yang Menjadi Mangsa Kerenah Birokrasi
- Mungkin Hasbie Perlu Tanya Wan Saiful Sebelum Serang KP UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.