‘Allah ambil dua anak saya serentak’

‘Allah ambil dua anak saya serentak’

'Allah ambil dua anak saya serentak'
Julina Abd Majid menunjukkan gambar Aidilfitri terakhir bersama dua anak lelakinya, Muhammad Rasul Eman dan Muhammad Abdul Quyyum, ketika ditemui di rumahnya, malam tadi. – Foto NSTP/AMIRUL AIMAN HAMSUDDIN

TANJONG KARANG: “Mereka berdua sangat rapat. Saya betul-betul tak sangka Allah ambil dua anak serentak.”

Julina Abd Majid, 41, masih terkejut dengan tragedi dua anaknya, Muhammad Rasul Eman Mohammed, 9, dan Muhammad Abdul Quyyum, 7, ditemukan lemas dalam parit sedalam kira-kira 1.8 meter di Kampung Melaka, Bagan Tengkorak, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.50 petang itu, mayat dua beradik itu dijumpai bapa mereka, Mohammed Yahya, 58.



Julina yang mempunyai lima anak, tidak menyangka kegembiraan dua anak lelakinya itu mengikut bapa mereka ke rumah kenalan untuk memasak hidangan kenduri sebagai petanda kehilangan dua anak sekali gus.

“Suami beritahu saya dua beradik itu sempat duduk bersama dan makan nasi berlauk ayam goreng,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Parit Satu, Kampung Sungai Burong, di sini, malam tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sukar hapus hutang PTPN kerana banyak kekangan – Dr Akmal




Jenazah dua beradik itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bagan Tengkorak.

Terdahulu, keluarga itu dikunjungi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong, Maruwan Ahmad, dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Pinang, Mohd Alias Said.

Julina yang tidak bekerja, menerima panggilan telefon daripada Mohammed yang mengatakan kedua-dua anak mereka ditemui lemas dalam parit.

“Muhammad Rasul Eman dan Muhammad Abdul Quyyum sangat rapat dengan kami kerana mereka sahaja dua anak lelaki dalam keluarga.



“Sudah tentu kehilangan mereka amat dirasakan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 9.51 malam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa sedang bermain dan dipercayai terjatuh ke dalam parit.

‘Allah ambil dua anak saya serentak’

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mohon maaf Najib yang di “Spin” oleh banyak pihak



 


Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker