Yogendran fokus tajamkan permainan Justin, Jun Hao

Yogendran fokus tajamkan permainan Justin, Jun Hao

Yogendran fokus tajamkan permainan Justin, Jun Hao
JUSTIN Hoh ketika beraksi di Kejohanan Badminton Malaysia Super 100. -FOTO Hazreen mohamad

Kuala Lumpur: Barisan kejurulatihan perseorangan lelaki kini mencari formula terbaik untuk menajamkan kembali corak permainan Justin Hoh dan Leong Jun Hao bagi memastikan mereka dapat bersaing dengan pemain terbaik dunia dalam setiap kejohanan akan datang.

Jurulatih perseorangan lelaki, K Yogendran berkata, kedua-dua pemain itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh memberi kelebihan buat mereka mendapatkan kemenangan dan meneruskan kemaraan lebih jauh.

Namun begitu, ada kalanya Justin dan Jun Hao gagal menggunakan kelebihan itu di dalam permainan sehingga membuatkan mereka bergelut untuk mengatasi lawan mereka.



“Saya sedang memberi fokus kepada dua iaitu pergerakan kaki dan pukulan mereka kerana yang lain mereka sudah bagus.

“Tapi sekarang kita nak bermain di peringkat lebih tinggi dan mereka kena ada sesuatu yang istimewa dan kita boleh tengok pemain terbaik (dunia), semua ada kekuatan mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sukar hapus hutang PTPN kerana banyak kekangan – Dr Akmal




“Macam Jun Hao, dia boleh menang dengan pemain terbaik dunia seperti Jonatan Christie (Indonesia), Chou Tien Chen (Taiwan) dan Anthony Sinisuka Ginting (Indonesia) tapi bila dua kejohanan Eropah terakhir, dia tidak menggunakan kekuatan yang ada.

“Masa dalam perlawanan, Jun Hao lepaskan kekuatan yang dia ada dan memberi lebih fokus kepada kelemahan yang dia ada tetapi itu adalah kekuatan pihak lawan,” katanya.

Sementara itu, bagi Justin pula, pemain ke ranking ke-48 dunia itu pula dilihat mempunyai kekuatan mental yang sangat baik tetapi perlu bijak dalam mengawal perlawanan bagi agar tenaga tidak habis begitu sahaja di pusingan awal.

“Kita akan fokus pada pergerakan kaki dia dan macam mana kita hendak jimatkan tenaga di dalam satu-satu perlawanan itu dan kekalkan dari pusingan awal hingga ke final.



“Sekarang kita boleh nampak Justin punya permainan bermula pusingan pertama dan kedua, dia boleh menang jika main tiga set tapi bila masuk suku akhir, dia tidak boleh kekalkan permainan dan sebab itu sekarang macam mana kita nak elak perkara itu,” katanya.

Yogendran fokus tajamkan permainan Justin, Jun Hao

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Najib mohon maaf kerana 1MDB ketika ramai pesalah sebenar masih bebas

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker