PKBM cari formula pertahan emas di Sukan Sea Thailand

PKBM cari formula pertahan emas di Sukan Sea Thailand

PKBM cari formula pertahan emas di Sukan Sea Thailand
PRESIDEN PKBM, Datuk Amarjit Singh. -FOTO PKBM

Kuala Lumpur: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) sedang merencana strategi terbaik untuk memastikan skuad lebuhraya negara mengekalkan sentuhan emas menerusi acara lepas beramai-ramai elit lelaki pada temasya dwitahunan Sukan Sea 2025 di Thailand nanti.

Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh percaya pencapaian yang dilakar oleh pelumba profesional Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Amirull Fakhruddin Mazuki di Sukan Sea 2023 di Phnom Penh, Mei tahun lalu perlu dipertahankan demi maruah sukan berbasikal negara.

Amarjit yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) bagaimanapun menegaskan skuad kebangsaan yang dibimbing oleh jurulatih tempatan, Yusuf Nasir berdepan dengan tugas sukar sekiranya tidak menerima bantuan kewangan daripada mana-mana pihak termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS).



“Secara peribadi, saya mahu skuad berbasikal negara menang di Sukan Sea 2025 di Thailand nanti. Bagaimanapun, ia bukan satu tugasan yang mudah kerana Thailand juga memiliki barisan pelumba terbaik,” katanya.

Pada temasya Sukan Sea 2023, Amirull Fakhruddin meneruskan rentak cemerlang mempertahankan emas yang sebelum itu diraih Muhammad Nur Aiman Zariff Sukan Sea 2021

“Sekiranya formula di Hanoi dan Siam Riep iaitu menggunakan tenaga pasukan profesional khususnya TSG menepati kehendak di Thailand, saya akan bekerja keras untuk memastikan ia boleh direalisasikan.

“Agenda utama saya selepas menjadi Presiden PKBM ialah menjalin hubungan baik dengan KBS dan MSN. Saya berharap Menteri (Hannah Yeoh) bersedia untuk membantu pasukan lebuhraya negara untuk beraksi cemerlang di Sukan Sea 2025 di Thailand nanti,” katanya.

 



PKBM cari formula pertahan emas di Sukan Sea Thailand

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Najib mohon maaf kerana 1MDB ketika ramai pesalah sebenar masih bebas



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker