Najib mohon maaf bukan bererti beliau mengaku bersalah.

Najib mohon maaf bukan bererti beliau mengaku bersalah.

Najib mohon maaf bukan bererti beliau mengaku bersalah.
Najib mohon maaf bukan bererti beliau mengaku bersalah.

Najib mohon maaf dengan secara terbuka hari ini, bukan bererti beliau bersalah.

Secara tegas Najib berkata, beliau tetap meletakkan kesalahan kepada Jho Low dan eksekutif Petrosaudi.

Menerusi permohonan maafnya hari ini, Najib mengakui bahawa beliau sepatutnya berwaspada.



Sejauh mana Najib terkhilaf kerana beliau mengambil tindakan dan pendekatan yang berbeza bagi menangani skandal 1MDB?

Namun Najib menerima hakikat dengan apa yang berlaku.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sukar hapus hutang PTPN kerana banyak kekangan – Dr Akmal




Kenyataan Najib dibacakan oleh Nizar.

Najib kini menyatakan bahawa beliau lebih mempercayai penjelasan Lembaga Pengarah dan pengurusan 1MDB ketika itu.

“Apabila berlakunya kebimbangan dan pelbagai pihak mula mempersoalkan apa yang berlaku di 1MDB, saya sepatutnya mengambil tindakan berbeza.

“Saya telah mengarahkan pelbagai siasatan dijalankan, namun saya cenderung untuk mempercayai penjelasan oleh Lembaga Pengarah dan pihak Pengurusan 1MDB,” katanya.



Najib kesal dengan apa yang telah berlaku itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ternyata Dasar BR1M Yang Di Pelopori Najib Adalah Formula Terbaik


Beliau mula khuatir dengan “apa yang sebenarnya berlaku” dalam 1MDB.



Kebimbangan utama Najib adalah untuk memulihkan kedudukan kewangan dan risiko yang ditimbulkannya terhadap hubungan diplomatik dan dua hala peringkat tertinggi dengan Arab Saudi.

“Saya telah pun dihukum dari segi politik, walaupun dengan jelas saya bukanlah dalang kepada segala penyelewengan dalam 1MDB dan tidak pernah sekalipun bersubahat dengan Jho Low.

“Justeru, saya tidak sepatutnya menjadi mangsa dari segi undang-undang,” katanya.

Lantaran itu, Najib menyuarakan pandangan dan berkata, proses mahkamah akan dapat membuktikan beliau tidak bersalah dalam kes ini.



Sebagai penyokong Najib, kita dukacita kerana mantan Perdana Menteri itu kini sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang selepas disabit bersalah dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta.

Namun kita bersyukur pada awalnya Najib dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, tetapi Lembaga Pengampunan kemudian mengurangkan hukumannya kepada enam tahun penjara dan denda RM50 juta.

Kita sedih, selain kes SRC International, Najib kini sedang berdepan pertuduhan di mahkamah berkaitan kes 1MDB.

Kes-kes tersebut adalah kes rasuah 1MDB berjumlah RM2.28 bilion, kes pecah amanah jenayah berkaitan International Petroleum Investment Company berjumlah RM6.6 bilion, kes pindaan laporan audit 1MDB dan kes pengubahan wang haram melibatkan RM27 juta dana SRC International.



Najib bernasib malang kerana kejayaan faktor konspirasi yang dirancang oleh Mahathir, Daim dan Mahiaddin.

Kini Daim dan Mahiaddin sedang didakwa di mahkamah, sementara Mahathir dipercayai sedang khuatir bahawa beliau juga bakal menghadapi nasib yang buruk selepas ini.

Kita harap Kerajaan Madani bersikap rasional dan adil – Zakaria Mohd.

Najib mohon maaf bukan bererti beliau mengaku bersalah.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Najib mohon maaf kerana 1MDB ketika ramai pesalah sebenar masih bebas

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker