Budak lelaki maut dirempuh kereta ketika lintas jalan

Budak lelaki maut dirempuh kereta ketika lintas jalan

Budak lelaki maut dirempuh kereta ketika lintas jalan
Foto hiasan

TANAH MERAH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut dirempuh kereta ketika melintas jalan di Kampung Belimbing, di sini, malam tadi.

Murid sebuah sekolah agama di sini, maut ketika menerima rawatan di Hospital Tanah Merah kerana kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam ketika mangsa ingin ke rumah saudaranya tidak jauh dari lokasi kejadian.



“Secara tiba-tiba, mangsa melintas jalan dan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dari arah Tanah Merah menghala ke Pasir Mas tidak sempat mengelak disebabkan jarak yang terlalu dekat sebelum melanggarnya.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala segera dibawa ke Hospital Tanah Merah namun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sukar hapus hutang PTPN kerana banyak kekangan – Dr Akmal




Mohd Haki berkata pemandu kereta yang juga lelaki warga emas berusia 61 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian itu untuk tampil membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohd Afiq Mohd Sulaiman di talian 013-3533653.

Budak lelaki maut dirempuh kereta ketika lintas jalan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker