3 beranak terperangkap dalam kebakaran pangsapuri
3 beranak terperangkap dalam kebakaran pangsapuri
SHAH ALAM: Tiga beranak berdepan detik cemas terperangkap dalam bilik ketika pangsapuri didiami mereka di Taman Sentosa, Klang, terbakar awal pagi tadi.
Mangsa membabitkan lelaki dan wanita dewasa berusia 30-an serta seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu jam 2.58 pagi.
Susulan itu, katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas bergegas ke lokasi kejadian.
“Kebakaran membabitkan sebuah unit pangsapuri di tingkat dua dengan anggaran kemusnahan sekitar 20 peratus.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hadi Dan Muhyiddin Selalu Ponteng, Wan Fahysal Tak Berangkah?
- Mudahnya Fadhli Shaari Lupa Tanggungjawab Sebagai Pembangkang
- Untuk Pengetahuan Wan Saiful, Kluster Jana Wibawa Adalah Golongan Maha Kaya
“Api berjaya dipadam sepenuhnya dan tiga mangsa terperangkap dalam bilik berjaya dibawa keluar dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, kesemua mangsa mengalami sesak nafas akibat asap tebal dan diberi bantuan oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS).
Mereka kemudian diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM0 untuk tindakan lanjut.
Katanya, setakat ini punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
3 beranak terperangkap dalam kebakaran pangsapuri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Luahan Hati DS Najib Melalui Sidang Media Datuk Nizar
- Pastikan Tiada Cikgu Din Seterusnya Yang Menjadi Mangsa Kerenah Birokrasi
- Mungkin Hasbie Perlu Tanya Wan Saiful Sebelum Serang KP UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Najib mohon maaf kerana 1MDB ketika ramai pesalah sebenar masih bebas
You must be logged in to post a comment.