Sukar hapus hutang PTPN kerana banyak kekangan – Dr Akmal
Sukar hapus hutang PTPN kerana banyak kekangan – Dr Akmal.
Satu waktu dulu , untuk menjadi popular, ada pihak menjadikan isu PTPN sebagai alat memancing undi.
Apa tidak nya, dengan mengumpan cadangan mahu hapuskan hutang PTPN, sejumlah satu juta lebih pengundi boleh diseret untuk menyokong.
Cadangan Menghapus hutang PTPN pasti nya satu cadangan populis tetapi tidak masuk akal.
Yang mencadangkan nya tidak terfikir bahawa sebahagian wang rakyat bernilai berpuluh bilion telah dijadikan wang hutang oleh sebahagian rakyat tetapi tidak pula dipulangkan kepada rakyat dengan melunaskan nya.
Selain itu cadangan juga akan akibatkan konflik antara rakyat kerana ada sebahagian dari rakyat atau pelajar gigih membayar nya secara bulanan.
Tentu yang membayar akan protes dan menyuarakan bantahan bahawa kerajaan mengutamakan mereka yang tidak akur untuk membayar.
Antara Pencadang yang mencadang untuk menghapuskan hutang PTPN seperti Tuan Ibrahim Tuan Man serta banyak pihak lagi ketika menjadi pembangkang memberi cadangan menghapuskan hutang PTPN boleh dikira sebagai tidak peka keadaan wang negara.
Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh baru baru ini telah menyuarakan pendapatnya bahawa kerajaan Barisan Nasional telah lama mengkaji dan melihat akan hal ini semenjak dari era Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lagi.
Apa yang dilakukan terbaik adalah memberi beberapa cadangan.
Antara nya memudahkan cara bayaran dan tidak perlu bayar bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang.
Dr Akmal berkata BN telah terlebih awal tahu dan peka akan hal PTPN ini ketika mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Mustapha Sakmud yang menyatakan kerajaan hari ini sukar menghapuskan hutang PTPN kerana komitmen kewangan yang begitu besar.
Dr Akmal turut menyatakan BN era Najib Razak mendapat cemuhan ketika menjelaskan kepada rakyat akan hal yang sama dimaklumkan oleh Timbalan Menteri itu.
Hari ini barulah kesedaran dan kebenaran muncul bahawa kerajaan pimpinan Najib Razak terlebih awal mengetahui akan halangan dan kekangan, jelas Akmal.
You must be logged in to post a comment.