Scammer guna kepala surat KWSP tipu mangsa

Oleh – Syeikh Baran

Scammer guna kepala surat KWSP tipu mangsa

Pelbagai taktik digunakan oleh penjenayah (scammer) untuk menipu mangsa dan terbaharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendedahkan taktik licik scammer yang menggunakan kepala surat (letterhead) KWSP secara berleluasa.



Menerusi perkongsian di laman sosialnya, KWSP meminta orang ramai agar sentiasa menyemak dan mendapatkan maklumat sahih di laman sesawang dan media sosial rasmi agensi itu.

KWSP turut berkongsi surat yang dihantar oleh scammer berkaitan penyerahan semula permohonan pengeluaran yang menggunakan kepala surat KWSP.

Butiran di dalam surat itu meminta pemohon untuk membayar yuran pemprosesan sebanyak RM500.

“Selepas penyerahan semula dan kelulusan permohonan pengeluaran, yuran akan dikembalikan ke akaun bank puan dalam tempoh 30 minit bersama-sama dengan jumlah pengeluaran penuh,” tulis surat itu.
 
Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker