Satelit Boeing meletup,150 negara terputus komunikasi, internet

Oleh – Syeikh Baran

Satelit Boeing meletup,150 negara terputus komunikasi, internet

Sebuah satelit Boeing mengalami ‘kejanggalan sistem’ yang menyebabkannya meletup secara spontan di orbit, mengakibatkan internet dan komunikasi terputus secara meluas di seluruh dunia, lapor portal berita MailOnline semalam.



Satelit seberat hampir 2,267 kilogram, iS-33e pecah menjadi lebih 50 serpihan pada Isnin lalu.

Ia dikendalikan oleh penyedia perkhidmatan satelit antarabangsa, Intelsat yang menyediakan perkhidmatan komunikasi kepada pelbagai pelanggan yang merangkumi hampir 150 buah negara.

Amerika Syarikat (AS) sedang mengesan sekitar 20 serpihan yang dikaitkan dengan kejadian itu. 

IS-33e ialah ialah satelit yang digunakan untuk telefon, internet dan komunikasi mudah alih dan penyiaran isyarat televisyen serta radio.



Intelsat berkata, pihaknya sedang dalam proses memindahkan perkhidmatan iS-33e ke satelit lain dan analisis dilakukan bagi mengetahui apa yang menyebabkan satelit itu meletup. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker