Najib Razak mohon maaf sebelum keputusan kes 1MDB

Oleh – Syeikh Baran

Najib Razak mohon maaf sebelum keputusan kes 1MDB

Datuk Seri Najib Tun Razak membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia kira-kira tujuh hari sebelum keputusan di akhir pendakwaan kes dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diputuskan mahkamah.



Menerusi pernyataan yang dibacakan anak sulungnya, Datuk Mohamad Nizar, Najib memaklumkan setiap hari beliau berasa amat terluka apabila mengetahui kecurangan yang berlaku dalam syarikat itu semasa di bawah pengawasan bapanya sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri.

“Saya hanya membaca isi hati ayahanda. Beliau sangat terkejut apabila kepincangan tidak moral dan perlanggaran undang-undang berlaku dalam SRC dan 1MDB yang dipertanggungjawabkan ke atasnya.

“Tiada lain yang dapat beliau (Najib) nyatakan selain memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.

Antara luahan Najib yang dibacakan Mohamad Nizar adalah seperti berikut:



Pertama sekali, setiap hari saya berasa amat terluka mengetahui bahawa skandal 1MDB berlaku semasa di bawah pengawasan saya sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri. Tiada lain yang dapat saya nyatakan selain memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Perbicaraan mahkamah baru-baru ini dan sabitan kes terhadap eksekutif PetroSaudi di mahkamah Switzerland dan artikel terkini yang diterbitkan berdasarkan kepada analisa mereka terhadap kes tersebut serta e-mel dalaman PetroSaudi, sekali lagi membuktikan bahawa saya bukanlah dalang dan tidak bersekongkol dengan Jho Low ( Low Taek Jho) untuk menyeleweng dana 1MDB.

“Saya telah pun dihukum atas tanggungjawab yang telah saya pikul walaupun dengan jelas saya bukanlah dalang kepada skandal 1MDB dan tidak pernah sekalipun bersekongkol dengan Jho Low. Saya tidak sepatutnya menjadi mangsa dari segi undang-undang.

“Saya masih lagi terkejut dengan mendalam apabila mengetahui kini kepincangan, perbuatan yang tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan serta pelanggaran undang-undang yang telah berlaku di 1MDB. Saya amat kesal dengan apa yang telah berlaku di SRC dan 1MDB.



“Namun dipertanggungjawabkan secara undang-undang untuk perkara yang saya tidak mulakan atau sengaja benarkan adalah tidak adil kepada saya dan saya berharap serta berdoa agar proses keadilan akan memihak kepada saya dan membuktikan saya tidak bersalah.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker